cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos

Tuesday, October 30, 2012

~Tribute to NIKITA NENNA~

Assalamualaikum and Salam Sejahtera Teman- Teman,

Berat mata memandang, berat lagi hati nak menerima..Eh? Kenapa permulaan entry sahaja aku dah berbunyi seperti si ibu yang baru kematian anak? Ya.. betul lah tu.. Aku baru kehilangan salah satu anak kesayangan aku.. Rasanya macam baru semalam aku nampak dia berlari- lari anak kepada aku mintak mangkuk di isi.. Rasanya macam baru semalam si ibunya Momok bawak mereka turun dari kolong atas rumah aku..Rasanya macam baru semalam aku nampak dia belajar menangkap belalang di taman..Rasanya macam baru semalam aku nampak dia memanjat pokok mangga didepan rumah aku..Rasanya macam baru semalam dia berak dan kencingkan kasut- kasut aku..Rasanya macam baru semalam tangan aku dikunyah- kunyah seperti chewing gum..Semua aku rasakan bagai baru semalam berlaku...

Hakikatnya? Nikita hilang semenjak Sabtu pagi, 27/10/2012..Aku sempat bermain dan bergomolan bersama dia jam 12.45 pagi hari yang sama... Sempat aku cium hidungnya.. Sempat aku gigit telinganya..Sabtu pagi bila aku bukak pintu seperti kebiasaannya pasti mereka menunggu di depan pintu macam orang nak menyanyi koir sekolah.. (Teringat si Potek-Potek kucing Kakak Gt Hans yang pernah ber koir di dalam kereta aku) tapi, pagi itu..hanya Naoki dan Momok serta Bobo sahaja..mana Nikita? Aku tanyakan pada Momok, "Nikita mana Mok?" berulang kali aku tanyakan pada dia.. tapi Momok buat tak tahu sahaja.. Hati aku berkata "uh..adalah tu atas bumbung" yang selalu menjadi tempat permainan mereka.. panjat tiang pergola naik atas bumbung akses ke jendela bilik aku dan turun ikut tangga dalam rumah.. bijak kan? 

Sambil aku isikan mangkuk mereka dan gaulkan dengan sepeket wetfood, mulut tetap terjerit- jerit panggil "Nikita!! Nikita!! turun makan!!" Yang lain aku panggil yang lain pulak muncul.. Bobot! Kucing gelandangan yang selalu singgah makan berkongsi rezeki dengan yang lain- lain.. (Si Hensem ni Ajib punya favorite) Aku tanyakan pada Bobot.."Ada nampak Nikita tak Bobot?" Bobot pandang aku dan seolah- olah berkata.. "Tak nampak lah Ami".. Sambil- sambil anak- anak makan, aku menyapulah porch tu sambil mata melilau- lilau cari bayang Nikita. Lepas tu aku duduk di bendul jendela sambil bermain dengan Naoki. Hampir sejam aku di luar. Dengan harapan Nikita turun makan. Hampa.. Mungkin Nikita tertidur.. Petang nanti pasti dia ada. 

Sudah 3 hari berlalu, bayang Nikita masih tak ada. Aku hampa. Aku katakan pada Ajib, Nikita mungkin ada orang yang ambik. Dia kan cantik bermata biru, berbadan katik gebu. Ajib kata, nanti kita balik kerja, kita jalan cari Nikita. Itulah yang aku dan Ajib lakukan setelah sampai di kawasan perjiranan. Tidak sempat untuk Ajib masukkan kereta ke dalam porch. Lama kami berpusing di situ, tapi tak ada bayang Nikita. 

Masuk sahaja kereta ke dalam porch, Momok dan Naoki mendekati aku. Momok seperti kebiasaan, penunggu setia pintu rumah. Selalunya terbukak sahaja pintu, terus melulu masuk ke dalam. Tapi hari itu, Momok bising. Menjerit- jerit macam lapar sangat. Aku isikan mangkuk mereka, tapi Momok masih bising dan berlari panjat ke atas bumbung. "Ada apa ni Mok?Ami nak masuk dalam la" Momok berpusing- pusing di atas bumbung. Aku hairan. Teringat Nikita! Aku mintak tolong pada Ajib keluarkan tangga dan tolong tengok apa yang Momok nak tunjuk pada kami.

Hati aku luluh, rasa macam dunia berhenti berputar. Nikita.... hanya jasadnya sahaja.. Aku tidak mahu fikirkan kenapa dan sebabnya Nikita tinggalkan aku dalam keadaan begitu. Bagi aku ada hikmahnya disebalik setiap apa yang berlaku. Jasad Nikita aku semadikan. Nikita, namamu akan Ami sematkan dalam hati Ami sampai bila- bila. Semoga kamu tenang bersama bidadari syurga Allah.

Terima Kasih Ya Allah, persoalan dan tanda tanya aku kini telah terjawab. Terima Kasih Ya Allah, kerana pinjamkan aku anak kecil itu walaupun hanya untuk seketika.. Terima Kasih Ya Allah..

Dear Nikita,
Ami will always love you and will never forget you until the end of day. May you Rest In Peace Apple Pie..

A TRIBUTE TO MY BELOVED NIKITA NENNA




Till we meet again Nikita.. You will be dearly missed by all of us over here.. 

Lots of Love,
Ami

Monday, October 1, 2012

[[..Kagum..]]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Aku cuma nak bagitau kat kawan-kawan semua..aku kagum dengan minah bawah ni. See how dia mengharumkan nama Malaysia.. Congratulations Shila..and the most important, anda masih mengekalkan personaliti sebagai seorang muslimah walaupun dimana anda berada!



Keep it up Shila!!

Till the next updates~

Mya Amy Meow

Friday, September 28, 2012

«º!¦[] Princess Of China []¦!º»

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Teman- Teman,

Sudah lama rasanya aku tinggalkan blog aku ni. Belum sampai rasanya waktu sesuai untuk aku apdet cerita buat masa sekarang ni. Cuma apa yang sempat aku apdet lagu ni ajelah. Ada sesuatu yang aku suka pada lagu ni. 



Once upon a time somebody ran
Somebody ran away saying fast as I can
I've got to go...got to go
Once upon a time we fell apart
You're holding in your hands the two halves of my heart
Once upon a time, we burn bright
That all we ever seem to do is fight
On and on...And on and on and on...
Once upon a time on the same side, at the same day
And why'd you have to go have to go and throw it all on my fame

I could've been a Princess, You'd be a King
Could've had a castle, and wore a ring
But noooooo, you let me gooooooo!

I could've been a Princess, You'd be a king
Could've had a castle, and wore a ring
But noooooo, you let me gooooooo!
And stole my star
You stole my star

I could've been a Princess, You'd be a King
Could've had a castle, and wore a ring
But noooooo, you let me gooooooo!
I could've been a Princess, You'd be a king
Could've had a castle, and wore a ring
But noooooo, you let me gooooooo!
And stole my star
You stole my star

I could've been a Princess, You'd be a king
Could've had a castle, and wore a ring
But noooooo, you let me gooooooo!
And stole my star
You stole my star
No you really hurt me
Cause you really hurt me
No you really hurt me
Cause you really hurt me
Ooooooooh no you really hurt me
Cause you really hurt me
No you really hurt me....

Once upon a time on the same side.
Cause you really hurt me

Till the next updates. Lama tak cerita pasal anak-anak berbulu aku. InsyaAllah jika ada kesempatan dan dipanjangkan umur..

Have a pleasant day ahead everyone~!

Mya Meow Amy

Monday, September 10, 2012

[[..Untitled..]]

This is my prayer to The Most Merciful - Allah

Strike at the root of penury in my heart. Give me the strength lightly to bear my joys and sorrows. Give me the strength to make my love fruitful in service. Give me the strength never to disown the poor or bend my knees before insolent might. Give me the strength to raise my mind high above daily trifles. 

And give me the strength to surrender my strength to thy will with love. 

Because i am just no longer able to bear this burden anymore.. 


Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, June 20, 2012

[[... Wordless Wednesday ...]]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Teman- Teman,





Ihsan gambar dari Kak E :)

Till the next updates,

Mya Meow Amy

Monday, June 11, 2012

¤(`×[¤ Asrama?? ¤]×´)¤

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman- teman....


















Ahahahaha...Yang Ami tau...semua pun kena masuk asrama jugak kecuali Calico!! *Ami sedang gelak kejam*


Till the next updates..

Have a pleasant day ahead

Mya Meow Amy

Tuesday, June 5, 2012

[[..Jiwa Kacau..]]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tak tau nak mengadu dan bertanya pada siapa. Pada laman sosial Facebook? Nanti dikatanya orang yang aku ini sentimental sahaja. Apa yang aku nak katakan ialah, aku rindukan dia. Dan persoalannya, salahkah jika aku merinduinya? Ya benar, dia adalah masa lampau aku. Pernah hadir dalam hidup aku suatu ketika dulu, tapi adakah caranya yang dapat membantu aku untuk memadam rasa ini? Semoga tuhan tetapkan imanku. Amin..

Mode: Jiwa Kacau

Wednesday, May 30, 2012

«º!¦[] Wordless Wednesday []¦!º»

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Teman- Teman,





Have A Pleasant Day Ahead!


Mya Meow Amy

Thursday, May 24, 2012

[[... Musim Sejuk ...]]





Assalamualaikum dan salam sejahtera teman- teman,

Maaf lah dan lama tak apdet blog... Al-maklumlah..nak memerah keringat membanting tulang nak mengarang.. Lainlah kakak GT Hans kita tu.. Ada saja idea nya.. Korang layan ajelah yeh.. 









Hahahaha.. Macam macam kerenah!

Till the next updates, have a pleasant day ahead!!

Mya Meow Amy
^_^

Wednesday, May 23, 2012

[[.. Wordless Wednesday Lagi ..]]

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman- teman,


Have A Pleasant Day Ahead Guys!

Mya Meow Amy

Wednesday, April 25, 2012

[[...Wordless Wednesday...]]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Teman- Teman....




Have a pleasant day ahead! :)

Mya Meow Amy..

Thursday, March 15, 2012

[[>> Sopan <<]]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Teman- Teman...

Ni ade gambar baru Jojo and tak tau nama sape budak putih ni.. Layannn....



Till the next updates~

Mya Meow Amy

¤(`×[¤Angkara Siapa?¤]×´)¤

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Teman- Teman....

Harap- harap semua sihat- sihat saje.. Angkara siapa? Lets check it out!!














Macam2 ragam!!

Till the next updates~

Mya Meow Amy

Monday, March 12, 2012

«º!¦[] JoJo []¦!º»

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Teman- Teman,

Hari Sabtu Ahad yang lepas, aku sempat pergi ke Shah Alam untuk feeding budak- budak kat area Stor 4, Glenmarie.. Sebelum tu singgah la kat depan office encik Ajeeb jumpe budak ni...Dah seminggu lebih aku bagi budak ni makan.. Ada aku call MDDB untuk ambik budak ni put for adoption drive but takde response pulak. Hmm..aku tak pasti berapa umur budak ni tapi yg aku tau dia masih kecik. Ala- ala budak tadika gitu. Very playful. Bobtail type. Aku bagi nama Jojo.

Memang menjadi routine every weekend aku akan pergi feeding kat area- area sana sebab food court stor 4 tu tak bukak during weekends. Kesian anak- anak kat sane.. Kelaparan..Harap- harap kalau aku tak ada nak bagi dorang makan, adalah insan lain (owner gerai- gerai makan atau abang- abang despatch Citylink, budak- budak Initial) yang akan bagi dorang makan..

Hari ni aku belum pegi lagi ke sana.Mungkin sekejap lagi on the way untuk hadiri funeral seorang relative aku. InsyaAllah..

Budak- budak bulu sekalian!! Tunggu Ami datang okeh! ^_^



Till the next update~

Have a pleasant day ahead all..

Mya Meow Amy

Friday, March 9, 2012

«º!¦[] Daun Pisang []¦!º»

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Teman- Teman,

Ape khabar semua? Harap- harap sihat hendaknye..Idea nak mengarang tak datang- datang..So aku tepek kan aje gambar nan sekeping ni untuk tatapan korang... Nanti ada masa boleh tepek lagi..


Ekceli tilam tu aku angkat sebab nak vacum and sembur ubat kat tempat tidur kanak- kanak ribena ni.
Ni [ O.Y.E.N ] Dah membesar bagai johan dah (sebab Ami bagi minum HoHoHorlicks hari- hari) :P
Lemak kat perut pun dah same macam lemak Ami beliau dah...hihih


Till the next updates

Mya Meow Amy

Wednesday, February 29, 2012

«º!¦[] Wed Less Wednesday []¦!º»

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Teman- Teman...




Have a pleasant day ahead all~

Mya Meow Amy

Thursday, February 23, 2012

[[...Anak Angkat...]]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Teman- teman,

Dah lame aku tak apdet entry....Kering idea and takde mood (orang kate nak mengarang kene ade mood)
Masuk pon sebab nak jalan- jalan kat blog kawan- kawan blogger tegar..
(paham- paham la sesiapa yang berkenaan ye) :P

Ni nak cerita sikit..sikit jer.. lately ni banyak pulak anak- anak bulu singgah kat rumah aku untuk bermalam dan makan..Dah macam hotel pulak.. Pakej menarik ditawarkan, pecutian 3 hari 2 malam, makan free, tempat tidur pulak dapat katil king size (untuk kucing je yeh). Selepas kehadiran Bobo (nama yang diberikan oleh Encik Ajeeb), makin bertambah populasi kat hotel singgah aku ni.

Di antaranya ni la die budak nye..

Please welcome... [ T.A.B.B.Y ]


Macam rupe Coco aku tau...tapi version lain la..Coco gagah sikit dari Tabby..hihi..

Till the next update~

Mya Meoww....

Wednesday, February 1, 2012

Friday, January 20, 2012

[[..A Tribute To Smart SHARK..]]


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Teman- Teman,

Di pagi hari Jumaat yang mulia ni..ditemani oleh hujan dan cuaca yang tenang.. Seorang teman kita telah kehilangan adik kesayangan beliau.. Mesti ada di antara kita yang kenal dengan Cikgu GT Hans..atau lebih dikenali sebagai Kakak yang baik kepada adik- adik beliau.

[ S.H.A.R.K ]
Salah seorang adik Kakak yang paling disayangi beliau. Kehilangan Shark adalah satu kehilangan yang besar bagi Kakak. Aku juga terasa akan kehilangan Shark. Amat- amat terasa. Masih teringat keletah Shark bila aku pergi melawat dia. Manja, agresif dan sangat friendly. Shark budak baik. Dia tak pernah buat jahat. Dia tak pernah sakitkan hati sesiapa. Dia selalu menghiburkan banyak orang yang datang melawat. Dia sering membuat orang ketawa dengan keletahnya. Tapi sayang, Allah lebih sayangkan Shark. Allah mahu Shark ditempatkan ditempat yang sepatutnya Shark berada.

Teringat aku tentang cerita Kakak Shark, Shark mahu cari ibunya. Mungkin doa Shark Allah makbulkan. Walaupun itu hanyalah cerita semata- mata tapi bagi aku, cerita- cerita Kakak itu seolah- olah benar. Terpandang- pandang kerenah Shark bergurau bersama teman- teman lain. Berlari ke sana kemari. Yang terakhir aku teringat tentang cerita Shark yang aku postkan di blog aku ni beberapa hari lepas.

Kali teakhir aku melawat adik- adik Kakak ialah pada hari Jumaat lepas. Sempat aku bergurau dan bermanja dengan Shark. Sempat aku pegang dan belai Shark.. (Ya Allah..kuatkan hati hambamu ini)

Kepada Kakak,
Aku doakan Kakak tabah dan sabar dengan apa yang terjadi. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. (Nanti aku carikan adik baru macam Shark ya?) Jangan sedih- sedih tau. (Walhal aku sendiri tengah menangis). Kita doakan Shark dapat jumpa dengan mama dia ya?

Dear Shark,
You will be dearly missed sayang.. Tenang aja kamu disana ya? Aunty Mya loves you!

Tear drop~
Mya Meow Amy

Thursday, January 19, 2012

«º!¦[] HAT Party []¦!º»

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Teman- Teman,

I m going to have Company Annual Dinner tonight..and guess what will be the theme? Its a HAT Party!! If you guys would like to find out what Hat am i going to wear, you guys just need to wait for the next update! And for now, enjoy the banner!!




Cheerios!!
Mya

Wednesday, January 18, 2012

[[>>Wordless Wednesday<<]]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Sangatlah speechless!! 2 Hours okay...2 Hours!! Wuwuwu..

Mya

Tuesday, January 17, 2012

¤(`×[¤Mengidam¤]×´)¤

Salam Teman- Teman...

Malam Jumaat minggu lepas, balik dari kerja sementara tunggu Encik Ajeeb balik dari badminton..Aku pegi la ke rumah Cikgu Gt Hans. Alahai...cikgu yang ada adik nama [ W.A.W.A ] yang masuk Universiti tu. Kalau korang tak tau yang mana, boleh tengok kat sini..

http://shomeyshayang.blogspot.com/2011/10/wawa-2.html


Sambil- sambil sembang tu adelah budak [ S.H.A.R.K ] ni ha..Ya Allah, terkejut tengok beliau sebab dah membesar bagai johan tau budak [ S.H.A.R.K ] ni. Sikit time lagi boleh la masuk Universiti sama macam
[ W.A.W.A ]
jugak..heheh.. Semakin cantik..semakin hensem dan semakin manja...and i totally like him!!
( sebelum ni pon memang dah suka bangat dengan [ S.H.A.R.K ], [ A.Z.I.M ] and [ M.A.Y.A ] )
Actually suka semua la dalam rumah tu!

[ C.O.M.E.L!! ]


Speaking of [ M.A.Y.A ] (the Russian Blue).. Kakak kata dah lama [ M.A.Y.A ] tak balik..
[ M.A.Y.A ] , walau dimana pun kamu berada, Aunty doakan [ M.A.Y.A ] selamat...




P/S: Kakak, mintak maaf la sebab lambat sampainye..Sampai dah tertido- tertido dah korang menanti..


Till the next updates,
Cheerios!
Mya

«º!¦[] Playboy []¦!º»

Salam Teman- Teman,

Nak update sikit pasal aktiviti melawat Billy binti Bebek pada 2 minggu lepas tu. Alahai, yang ada ikan keli salai kat rumah Ruby tu..ni la Bebek yang macho dan hensem.. dan disebabkan itulah Bebek jugak di gelar
[ P.L.A.Y.B.O.Y ]
kampung..hehehe.. Enjoy!!


P/S: Cik Marie kite ni memang animal lover tegar..habis semua digomolnye..hik hik...

Till the next updates..
Cheerios!
Mya Meow Amy~ Purrr...

«º!¦[] Piknik []¦!º»

Assalamualaikum and Salam Sejahtera Teman- Teman,

Last weekend korek- korek ext. hdd..tetibe ade la jumpe gambar ni. Gambar ni, di curik tangkap oleh aku dan di berikan sokongan oleh Cik Marie. Yelah, nenek ni selalu gambar kite aje yang diambik nye. Mwahahaha.. Enjoys guys!


Jenuh jugak nak ambik angle ni..kemain la bersorok- sorok henpon nye..yang Cik Marie lagi la, konon- konon taip mesej la pulak. Haha..

Time ni aku pulak purak- purak taip mesej. Hahahahampeh! Gile artis la Kakak ni sbb payah gile nak ngambik gambarnye :P (Kalah Angelina Juling)



Have a pleasant day ahead all~
Mya




Friday, January 13, 2012

¤(`×[¤_Billy Jean_¤]×´)¤

Salam Teman- Teman..

Last weekend ada perjumpaan merangkap lawatan ke rumah Ruby Gemstone kat Sg Buloh.. Tujuan asal sebab nak pegi menjengok Billy, anak si Bebek yg baru beranak dalam dua tiga minggu lepas rasanya..Memandangkan aku dah memang ada kat rumah ibunda aku kat Gombak tuh, sekali jalan jelah. Nak-nak pulak Encik Ajeeb ada badminton petang tu. (Peluang keemasan okeh!)

Sampai rumah Ruby dalam pukul 2 lebih tak silap. Sekali dengan Cik Marie..Then, tengok Papa Meow dah ada kat sana tengah makan. Bau wangi masakan tak payah cakap la.. Aku ni..kalau bab makan memang laju! Tengok- tengok menu..huish..sedap betul.. Keli Salai Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Belimbing. Nyum! Nyum!

Sambil- sambil makan tu, tetibe P.Ngah dengan M. Ngah pon sampai jugak..Tu dia! Sebelanga nasi daging (Sedap giler woo).. Layan layan layan.Tengok- tengok Umi Shakina pun sampai.(oh ade makcik ni)Makan punya makan punya layan sedap! Sampai perut kenyang! Ingatkan nak sambung makan lagi, tup tup perot plak dah ketat then dorang pulak dah nak pegi ke ladang ternakan tengok si Bibik, Bebek and the geng! Ni lah hasilnye :p ade lagi belen yang lain..nanti apdet lagi yeh..meanwhile, sile layan dulu gambar dibawah ini...Ekekkeke...



Till the next updates, have a pleasant day ahead all!

Mya Meow Amy..Pursss

«º!¦[] Happy Birthday Cik Marie []¦!º»

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Teman- Teman,

I just would like to update a bit about my friend's birthday. That day when i posted the birthday entry, her birthday was not there yet. This post is specially made for her.

Cik Marie Elias,

Wishing you all the best! Many happy returns! May All your dreams come true someday!


Lots of Love,
Mya Meow Amy


Thursday, January 12, 2012

«º!¦[] Si Kacak []¦!º»

Assalamualaikum dan Salam Sedunia Teman- Teman semua!

Kisah ni berlaku minggu lepas. Hari Jumaat tanggal 6 haribulan Januari 2012. Tengah kalut- kalut nak bersiap pergi kerja pagi tu, terperasan budak baru ni tengah makan. Eyh! Anak siapa pulak la nih? Cantik gebu kemain. Belek- belek badan die, tengok..mana tau orang punya ke..

Belek punya belek, tak ada pulak jumpa sebarang bukti yang si kacak ni orang yang punya. Hairan ya, kacak tapi takkan tuan beliau buang beliau pulak. Hmm..Mengeluh lagi.

Sambil- sambil belek tu, Encik Ajeeb sedang memakai kasut. Tanya lah pada beliau.

Aku: "Sape yang isi mangkuk makanan dorang ni? Ke yang semalam punye orang bg time balik keje tu tak habis lagi? Abang tak balik ke ye semalam, lama tak nampak dia?" Abang ni kucing penunggu rumah aku. Hari- hari ada..

Encik Ajeeb: "Orang yang bubuh tadi.. Tengok si Bobo ni dah tunggu je kat mangkuk tu buat muka kesian, mintak makan..Kesian die.. Orang isi la mangkuk tu."

Aku:
"Owh ye ke? Baiknye hati orang tu! ahahahaha..takpelah rezeki budak ni..bukan senang nak dapat Encik Ajeeb bagi makan tau!" (Gelak lagi sambil hati berbunga riang)

Encik Ajeeb:
"Dah! Dah! cepat sikit! Dah lambat ni. Karang sangkut jem 2 jam lagi bla bla bla..". (Aku pon buat tak dengar je bebelan beliau. Eleh nak kave malu la tuh!)

Sambil mem"babai" ke arah budak kacak tadi sambil tu juga aku berpesan. "Nanti kalau lapar lagi, datang la sini makan". (Dengan harapan aku akan jumpa lagi si kacak ni)

Dan kami pun berlalu ke pejabat..mintak diri dulu ye si kacak..






















P/S: Memandai je Encik Ajeeb bagi nama [B.O.B.O] kat si kacak tu..Haha.. Mane beliau dapat idea ntah!


Mya Meow Amy..Purrsss..

Wednesday, January 11, 2012

[[...Wordless Wednesday...]]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


Mya Meow Amy..Purrsss

Friday, January 6, 2012

[[...Happy Birthday...]]

Salam Satu Dunia,

Memandangkan beberapa hari lepas ada kawan- kawan yang menyambut hari lahir [ BESDAY ] atau hari kejadian, harap- harap nye sempat la nak wish lagi kan. Nak bagi hadiah tapi dah belated, so bagi kad besdey kat sini pon boleh la ye kawan- kawan? Hehe. Better than nothing. So untuk mereka,
[ H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y ]

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah hendaknye... Amin Yarabbal Alamin..


Mereka adalah... (jenuh carik design kad nih) :P

Mami Ana Lewis


And also our Miss Chika


And not forgetting our Mommy Scha




Cheerios!

Mya Amy Meow

[[...2012...]]

Assalamualaikum dan Salam Seantero,

Uhuk Uhuk! Sorry la masuk- masuk rumah terus batuk.. Almaklumlah, rumah tinggalan sejarah. Banyak artifak kat dalam ni. Haha. Mintak maaf kawan- kawan sebab lama tak adpet entry. Bukan apa, penyakit M tak mau baik pulak. Tapi sekarang ni macam dah bersemangat balik nak apdet. [ Harap- harap bukan omong kosong lagi la pasni] (malu acik tau!)

Hari ni sempena hari pertama aku apdet blog dalam taun 2012 ni, harap- harap tak terlambat la nak ucapkan
[ S.E.L.A.M.A.T T.A.H.U.N B.A.R.U ]
pada kawan- kawan semua. Semoga tahun ni akan menjadi tahun yang baik untuk semua. Semoga Allah merahmati hidup kawan- kawan semua. Nothing special happened to me back in year 2011. Kalau ada pon dah tak ingat kot. Terlalu banyak yang berlaku and rasa terlalu pantas masa berlalu. Dah melangkah setahun lagi umur aku. [ D.A.H T.U.A ]. Haha..

Okay la kawan- kawan sekalian, aku mahu apdet cerita lain pulak. Check it out!

Cheerios!
Mya Meow Amy