Friday, June 26, 2009

]]..DeaTh oF WorLD PoP StAr..[[


Salam All,

Pagi ni mase aku on the way nak ke office while driving, aku dikejutkan dengan kematian salah seorang RAJA POP DUNIA, MICHEAL L.JACKSON. Difahamkan kene cardiac failure ke ape ntah and he passed away peacefully at 5.20am.

Dah hilang satu penghibur dunia yang kirenye dulu sangat best and menaikkan genre POP. Aku takde lah bersedih sangat tapi, adelah sket rase kehilangan kan. Even die tak kenal aku tp i am sure die tau die ade peminat cam aku kan. Teringat aku dengan lagu BLACK & WHITE. Best wo lagu tu. Pastuh ade lagi lagu BEAT IT and also THRILLER. Lagu die yang paling aku suke YOU ARE NOT ALONE. And guess what?!! Aku ade beli album THRILLER tu..heheh..

Pape pon untuk family beliau..Heart Condolonces diatas kehilangan beliau..And for MICHEAL..Rest in peace..May You Find Your Peace On your Journey To See The Angel..

P/s : Tetibe teringat late boss aku pulak [MR CHAN LUCK SEH]..Rindukan die..Rest in peace MR CHAN

Thursday, June 25, 2009

׺°”˜`”°º× NeW HEaDeR ׺°”˜`”°º×

Eh! Eh! Look!!!
Header aku dah bertuka..First time tuka oke...Hnss Hnss [Kembang kempes idung aku]. Bangga seyh berjaya create header sendiri walaupun blur je kan..Alahai tak kisah la blur ke tak..nak wat cam kak nita nye [S.E.N.T.A.P] tak reti. Kak nita tuh kretif + ada mase..hua hua..

Comel tak korang header aku?? Erm..[menung sejenak]..Aku mane reti sgt nak wat header cecantik ni. Men hentam je gune photoshop, microsoft..copy + paste + edit sket sket kan...Lalu tu la hasilnye..

Kak Nita ape kate Kak Nita tlg ajarkan camane nak wat header lelawa camtuh ;)) Almaklumlah kak nita expertite.. Tak pon kengkawan len yang ade ide nak wat camane, sile lah ajarkan. Jangan nak kedekut ilmu oke..Tuhan mara tau..heheh.. Oke all next entri pliss..

My4



]]...Entri Seorang Pemalas...[[

Salam Teman Teman,
Haih...nape cam mud tak brape nak baek ni?? Penyakit lame datang balik ni..Penyakit ni kalau sesape pun kene sure la susah nak di ubatnye.. Ya Rabbi...Malasnye aku.. [name penyakit itu ialah penyakit MALAS]

Sesiapa yang ada simtem simtem nak kene penyakit ni sile laju laju membizikan diri yeh!! Cam aku ni mmg takleh nak membizikan diri dah sebab dah memang kronik dah penyakit ni..hahah..

Okey..sekian entri aku..

Mya_hanny

«º!¦[] Kalau Suami VS Jika Suami []¦!º»


KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada yang tak kena
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji belanja isteri
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati


PESANAN KEPADA ISTERI2 : Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ? Kalau JIKA SUAMI lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA. TETAPI .... KALAU SUAMI lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 : Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI.. DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA....

Wednesday, June 24, 2009

•°o.O Curi Tag dari Kak Nita O.o°•

1. 3 names in your inbox cellphone?
- Mr. XXX [hasben aku], K.Yong [niece], Farra [member]

2. Your main ringtone?
- Unintended [Muse]

3. What u did at 12 last night?
- Dah tido kot..tak silap aku semalam aku merengek2 ngn hasben suh tutup lampu..lebih kurang kol 12 la kot :P

4. Who was the last person u went out with? where?
- My hasben of cos..semalam pi makan kat kedai pakcik :P aku [TomYam] + hasben [Bihun Goreng]

5. The color of the t-shirt you're wearing?
- Skang mane plak pakai t-shirt..kat opis neh..pakai Black Suit :P [suke gile itam]

6. The last thing u did?
- Tengok blog orang :P jalan-jalan kat blog Kak Nita sambil rembat tag neh.

7. 3 of your everyday favorite items?
- Favorite items yeh? erm...Blog aku, game aku, Organ aku :P

8. The color of your bedroom?
- Wow!! perlu tau ke? Bukan kene rasie ke? Erm...dinding kale light brown. Langsir kale olive + brown. Cadar kale white + brown. Takde kapet.. [lemas dgn bulu bulu]

9. How much money in your wallet now?
- RM20 + syiling syiling ntah brape..berat wallet aku dgn syiling..

10. How's life?
- Life is doing great of kos..tetambah dgn adenye hasben tercinta..

11. Your favorite song?
- I will survive [Cake]. At the moment la kan..tak tau nanti might change kot.

12. What will you do next weekend?
- Going back to parents' place la..ade Father's Day BBq..hurray!!

13. When was the last time u saw your mum?
- Last weekend. Weekend always with parents. Pleasure to meet them.

14. Where is she now?
- At home la. [Gombak] Tengah baja pokok orkid kot. Rutin wajib setiap ari Rabu.

15. When was the last time you talked to your parents?
- Monday..She called to asked whether minggu ni balik tak..

16. Who is the last person that texted u?
- Hasben tercinta. [Oke beby, talk to u later.Lov u]

17. Where did u have u'r dinner last night?
- Kat kedai pakcik [Sejati Tomyam]

18. The last surprise you got?
- Erm....not that i remember la..macam takde je..valentine's aritu kot..dapat bunga 2 kuntum :(

19. Last thing u borrowed from u'r friends?
- Liquid Paper dari Loon Chiau

20. Last thing friends borrowed from you?
- Stapler.. Fen Jiao pinjam tapi dah pulang :P

21. Who is u'r BF/GF or husband/wife?
- Aku dah kawen [tiru kak nita] Hasben's name?? Ajeeb :P

22. What do you feel now?
- I am so full with milo and so stress of work

23. Wanna share with who?
- Share ape? soklan ape neh?

24. Who knows u'r secret?
- Of kos my beloved hasben la..i never trust my fren though.

25. They keep u'r secret?
- Entah sebab tak pernah cite kat dorang pon pasal secret secret ni.

26. What is the name of your best friend?
- Mohd Najib

27. Are u angry with someone?
- Ade kot. Masuk keje kol 11.20am balik keje kol 6 pm..Die pk ni bapak die punye opis. Kene issue warning letter ni..Haha

28. What do you order at Mc D?
- Big Mac + Mc Flurry Oreo..Tapi lame gile tak makan mekdi sbb kaleri tinggi :P [tetibe tgok list of kaleri yg ditampalkan kat dinding]

29. The last time you felt so sad?
- Last few weeks when my beloved boss passed away [rest in peace Mr Chan]

30. What is your wish for tommorow?
- Mintak di panjangkan umur..Mintak masih dapat melihat ayah + bonda.. Amin...

Tuesday, June 23, 2009

«------•}I|[Father's Awards]|I{•------»







Salam All,



Ahah!! Ni aku nak bagi award kat kaum father pulak...Ader orang komplen..katenye asek IBU je..untuk ayah takde ke..Ok Ok..sempena hari bapa kan?? Boleh lah..ni ambik ni untuk sesiapa yang bergelar bapa ok..

Encik Skid,
Ni amek ni awards ni..jangan bising bising lagi..Hahahaha...Untuk ayah tercinta..Love u so much..Happy belated father's day [ wish utk keberapa kali ntah ] Untuk IBU IBU sekalian..Amekla award ni buh kat blog korang kire cam perhargaan dari aku untuk AYAH AYAH kepada anak korang la kan..Amek oke :)

Monday, June 22, 2009

«º!¦[] AwArD Lagi. Sile Ambik!! []¦!º»

Awards ni aku tak tau nak bagi kat sape...Bagi kat kakak2 and follower blog aku la kot..yang bertitle IBU..Kak Nita, LOL, Mama Danish & Sara, Kak Daniella, Shiela, Tiniey dan sesape lagi lah yg aku termiss nama dorang..Sila ambik awards ni yeh.. [ Kembang kembang idung aku neh memikirkan dan menanti saat menjadi IBU ]

Ahah!! Award ni plak leh bagi kat sape sape je..Sile amik ye teman teman..Jangan malu..Cik Fen, Cik Daya, Eddie, Skid, Cik Mira..sape sape jelah...iTs open to everyone..Anyway, korang memang rowk la..Buat ibu ibu seperti diatas juga digalakkan ambik award ni ya..free je takyah bayar deposit pon.Haha..Kak Nita amek ni..comel ni bear ni cam kak nita gak :P


Ni plak award yang aku ambik dari LOL..Cik LOL.. mekaseh bagi award ni kat Mya yeh..nak lagi award leh?? [ Gedik lak ] Teruskan men support Mya yeh Cik LOL.. Hugs~~

So, teman teman sile ambik award ini..Especially Kak Nita, LOL, Kak Daniella, Mama Danish & Sara, Cik Fen, Cik Daya, Shiela, Cik Mira..Sile sile sile...Sape tak ambik ANAK BENGGALI JUAL ROTI...Muahahahaha..[ no heart feeling ya ]

Mya_hanny

Friday, June 19, 2009

]].::. BloG AwArD KaK NitA .::.[[

Layak ke aku dapat award neh korang..Aku bukan veteran cam Kak Nita tuh...Itu artis veteran + klasik boleh la wey..Tapi disebabkan Kak Nita suh amek gak kan..Aku ameklah ni hah..





Hah!! Kalo yang ni mungkin la aku layak..Sebab aku mmg lovely..Auwww!! [Perasan lebih sudah] Tapi kalu aku perasan pon korang susah ke?? Takkan..Haha..Kak Nita mekaseh yeh kerna maw berkongsi award neh.. [ sengih sengih konon menang MISS WORLD ] Lenkali kalo ade award THE CUTEST BLOG OWNER AWARD bagi kat Mya ye...muahaha..

Mya_Hanny


]].::. A TriButE To MaMa .::.[[

Orang kata aku lahir dari perut [ M.A.M.A ]. [ bukan org kata, memang betul ]. Tetibe rindu [ M.A.M.A ].

Bila dahaga, yang susukan aku?
[ M.A.M.A ].
Bila lapar, yang suapkan aku? [ M.A.M.A ].
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping aku?
[ M.A.M.A ].
Kata [ M.A.M.A ], perkataan pertama yang aku sebut
[ M.A.M.A ].
Bila bangun tidur, aku cari? [ M.A.M.A ].
Bila nangis, orang pertama yang datang? [ M.A.M.A ].
Bila nak bermanja, aku dekati? [ M.A.M.A ].
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah? [ M.A.M.A ].
Bila sedih, yang boleh memujuk aku hanya [ M.A.M.A ] .
Bila nakal, yang memarahi aku?
[ M.A.M.A ].
Bila merajuk, yang memujuk aku cuma
[ M.A.M.A ].
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah?
[ M.A.M.A ].
Bila takut, yang tenangkan aku?
[ M.A.M.A ].
Bila nak peluk, yang aku suka peluk?
[ M.A.M.A ].
Aku selalu teringatkan?
[ M.A.M.A ].
Bila sedih, aku mesti talipon?
[ M.A.M.A ].
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu?
[ M.A.M.A ].
Bila bengang.. aku suka luah pada
[ M.A.M.A ].
Bila takut, aku selalu panggil? [ M.A.M.A ].
Bila aku sakit, orang yang paling risau adalah
[ M.A.M.A ].
Bila nak exam, orang paling sibuk juga
[ M.A.M.A ].
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni
[ M.A.M.A ].
Yang selalu masak makanan kegemaranku
[ M.A.M.A ].
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk?
[ M.A.M.A ].
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku?
[ M.A.M.A ].
Yang selalu berleter kat aku?
[ M.A.M.A ].
Yang selalu puji aku?
[ M.A.M.A ].
Yang selalu nasihat aku?
[ M.A.M.A ].
Bila nak kahwin. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk
[ M.A.M.A ].
Aku ada pasangan hidup sendiri. Bila seronok, aku cari pasangan aku.
Bila sedih, aku cari?
[ M.A.M.A ].
Bila berjaya, aku ceritakan pada pasangan aku. Bila gagal, aku ceritakan pada
[ M.A.M.A ].
Bila bahagia, aku peluk erat pasangan aku. Bila berduka, aku peluk erat
[ M.A.M.A ].
Bila nak bercuti, aku bawa pasangan aku. Tapi Hati dekat?
[ M.A.M.A ].
Bila sambut valentine, aku bagi hadiah pada pasangan aku.
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu".
Selalu [ M.A.M.A ] ingat kat aku. Aku ingat kat [ M.A.M.A ] kadang- kadang je.

"Kalau [ A.D.I.K ] sudah habis belajar dan berkerja, boleh [ A.D.I.K ] kirim duit untuk [ M.A.M.A ] ??
[ M.A.M.A ] bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata tatkala aku mendengarnya........

Tapi kalau [ M.A.M.A ] sudah tiada??


[ M.A.M.A].....RINDU [ M.A.M.A ]. ..... RINDU [ M.A.M.A ] SANGAT...mane aku nak cari ganti kalau [ M.A.M.A ] dah takde?? Sebab tu kalau boleh aku nak pegi dulu sebelum [ M.A.M.A ].

Biar [ M.A.M.A ] kehilangan aku, sebab [ M.A.M.A ] ada kakak kakak aku. Tapi kalau aku kehilangan [ M.A.M.A ]?? Ya Allah, hanya KAU yang mengetahui isi hatiku.

Thursday, June 18, 2009

]].::. AttenTiOn CiK FeN .::.[[

Hello teman teman, [ macam rancangan kanak kanak ]

Entry ni aku buat sempena teman seorang bernama Fen..
Sape yang kurang hajar kata Fen tak comel? Sape yang kurang hajar kate Fen gemok?
Betul ape Fen cakap..gemok leh kurus..tak cantik tepek make up [ ayat make-up artist oke..hehe ] Tapi......

Kalau otak tu dah benak..Tuhan bagi akal tak mau gune sebaiknye..baik mati je..Anugerah Tuhan oke untuk mensyukuri nikmat Nya.. Ape adehal dengan
[ K.E.G.E.M.U.K.A.N ]..

Aku gemok yang teramat..Berat aku mencecah la 90 kilogrem [ eh ye ke? dah lame tan timbang ] tapi aku tetap mantain..Ala...bukan aku mintak duit korang pon kalau nak makan? Ada ke? So.....Buat yang perasan diri hebat tu...

" LOOK INTO THE MIRROR WHO'S INSIDE THERE, AND LOOK WHO'S TALKING "

Cik Fen,

Sabar ye..susah susah belasah je mangkuk tu..

Kak Nita,

Khidmat nasihat anda diperlukan..[ eceh macam biro tatatertib la Kak Nita ai neh ]


~My4_h4nNy~

«•´º´•[MaRi MenJawAb TaG Teman]•´º´•»

1. What are your thoughts of love?
- It is [ G.R.E.A.T ]!! I love being in love.
- Love is many splendor things.
- Love is [ B.E.A.U.T.I.F.U.L ]

2. What do you feel about money?
- I will work smart to earn my money.
- I want to buy [ C.O.A.C.H ] totes.
- I want to drive G.A.L.A.R.D.O [ Amin YaRabbal Alamin ]
- I want to ermm...oh ya..hantar anak anak p masuk Harvard Law
- I want to be a [ Z.I.L.L.I.O.N.A.I.R.E]

3. How many times a year do you go on vacation?
- Twice in a month. So setahun?? Kirelah..heheh..

4. How often do you get sick a year?
- How often? Alahai...Aku sakit pun aku tak sedar time bile. Tetau je dah masuk wad.. :P

5. On a scale from 1-10 (10 being extremely happy), how would you rank your happiness level?
- Definitely 10. Mane ade orang yang nak moody and [ S.W.I.N.G ] je la wey..

6. How many times a month do you go out with your friends?
- Sekali seminggu maybe..tak pon 2 weeks once..Depends on what occasion la..

7. What pet would you most likely raise?
- Kalau boleh nak bela Anjing..tapi haram..
- So i prefer to have cats or bunny (tetibe rindu G-Bob, hemmies aku yang dah terkorban)

8.If you got a chance to choose an artist to be your spouse, who will it be?
- Er...Er...Sape yeh?? Erm....tenettt..jawapannye ialah Aaron Aziz..
- Sape setuju angkat kaki [ A.A.R.O.N ]

Tagged By Mya_Hanny..weyh teman teman jawab weyh...

«º!¦[] MInTaK ToLOnG NiE []¦!º»

Salam sejahtera teman teman,

Er....ekceli..Aku takde menda nak di post..cuma nak mintak tolong je ni..Buat sesape yg ramai teman teman..Ajak la mereka singgah kat blog aku ni..Almaklumlah..yang follow blog aku adelah 6-7 orang je..sedih pulak rasernye.. Ada rasa macam nak delete pulak blog ni..

Jadi teman teman...tolong aku ya?? Terima kasih...


~mY4~

×÷·.·´¯`·)» PerHatiAn UntUk SeMua!!! «(·´¯`·.·÷×

~Tm Tower~

~KL ToweR~


~KLCC~


]] _ CASE SENSITIVE_ [[

Salam Ukhuwah buat teman teman,

Oh ya..Ada satu perkara..erm...pasal 22hb July 2009. Maknenye dalam next month la.. Buat teman teman, nak berpesan ni.. Korang jangan menghampiri objek tinggi. Contohnye bangunan tinggi [KLCC, MENARA KL, TM TOWER]...sebab die.Aku ada dapat information dari seorang teman bertugas di jabatan meteorologi. Kata teman aku tu, koordinat bumi akan berubah sikit, so akan ada bencana melanda. As usual negara paling rajin kene earth quake, Sumatera. Indonesia akan dilanda tsunami yang lebih dasyat dari sebelom ni. Nauzubillah.. So buat sesiapa yang ada planning nak holiday ke Indon bulan 7 ni, kalau boleh tangguhkan la dulu..

Bangunan perogol langit pulak, akan bergerak sedikit dari paksi asal disebabkan oleh gegaran tu. Sebab tu dipesan supaya tidak berada berhampiran perogol perogol ni.. Maha Suci Allah..Macam2 bala dah ni. Umat manusia kita masih alpa. Mintak dijauhkan dari sebarang malapetaka..InsyaAllah..

Tiba tiba aku teringat kisah WTC 11th September. Itu perogol jugak tu. Berdiri kukuh tapi boleh kecundang dek dua ekor burung. Semua kehendak Allah kan. Siapa mampu melarang?? Ribuan makhluk Nya terkorban. Islam dan juga kafir laknatullah. Jadi buat teman teman, aku ni disamping mengingatkan diri sendiri...Mahu juge mengigatkan teman teman.. Bersedialah dengan apa saja bencana Allah Subhanahu Wata'ala...Mari kita berdoa agar kita sentiasa berada dibawah lindungan Nya.. Amin Ya Rabbal Alamin...

~Mya_Hanny~

Tuesday, June 16, 2009

··¤(`×[¤ GaNtUng TaNpA TaLi ¤]×´)¤··


Salam Sejahtera buat teman2 aku..
Hari ni aku nak cite sikit pasal seorang kawan aku.. Aku sangat simpati dgn kisah dia..ikuti kisah ni tau..


Takperlulah aku bgtahu sapa nama kawan aku ni. Die ekceli digantung tak bertali oleh suami die. Kesian..agak lama jugaklah kawan aku menanggung derita. 4 bulan katanya. Ah lelaki..semua sama. Tapi pandai berkata bila si perempuan keluarkan ayat sebegitu. Jawapan yang kerap perempuan terima "Tak semua lelaki sama". Go to hell with that. Habis madu sepah dibuang. Di ibaratkan sang isteri ni kan. Lelaki kalau dah kawen cakap belum kawen pun, sapa tahu kan. Kalau perempuan, dah kawen cuba cakap belum kawen. Alahai. Lelaki jika kawen 2 sekalipun, sang isteri pertama tak tau, ape tanda yang boleh dilihat pada seorang lelaki. Kalau perempuan, oh!! Isu sensitif ni.

Kesian aku dgr cerita si kawan ni. Kena fitnah, kena sepak terajang, kena pulak maki yang tidak tidak..Oh! sungguh DAYUS la lelaki itu. Kudrat seorang lelaki adalah 10 kali ganda dari kudrat seorang wanita. Tengok nisbah 10:1. Alhamdulillah kawan aku ni seorang yg kuat adanya. Kuat mentalnya. Berlawan dengan emosi sendiri bila diri di gantung tanpa tali. Dah tak mau lagi dgn kawan aku ni, buat ape simpan lagi. Lepaskan saje die. Sudahlah ke mahkamah beberapa kali. Si lelaki itu, tak jugak muncul muncul. Sampai majistret jadi letih untuk postpone tarikh.

Katanya mau setel di luar mahkamah. Sudah aku nasihatkan kawan aku ni. Jangan terpedaya dengan bohongan si lelaki itu. Biar selesai dalam mahkamah. Sedangkan dalam mahkamah pun di buat main main saje dengan perintah hadirkan diri. Apatah lagi di luar. Mau di culiknye kawan aku ni kan.

Tarikh hari ni, aku dah di inform kawan aku ni, dia akan ke mahkamah. Aku pulak menanti dengan sabar kepulangan kawan aku ni. Konon nak dengar berita gembira. Tup Tup!! Mya...Postpone 7/7.. Die tak datang. BANGSAT lelaki itu. Aku kabarkan pada kawan aku lelaki itu memang BANGSAT. Apa lah lagi yang dia mahu. Perintah mahkamah macam perintah nenek die pulak. Suka suka mau datang. Alasan lupa..alahai..lelaki..boleh percaya ke? Gunalah reminder. Kan handphone masing masing canggih..Apa susah.. taip saje 16/6 - Mahkamah Syariah. Sampai tarikh tu tentulah berbunyi kan. Alasan lelaki..

Kawan aku ni pulak, aku suruh die cekalkan hati. Aku kabarkan padanya, ni semua dugaan Allah. Terima dengan redha. Mungkin ada hikmah di sebalik dugaan yang diberikan ni. Aku berdoa agar Tuhan memberikan kawan aku ni sepenuh kudrat tenaga untuk melawan emosi sedihnya. Mengawal amarahnya. Lembutkan hatimu kawan. Ingat pesan aku..tentu ada ganjaran bagi orang orang yang redha dan akur dengan dugaan Nya..

Buat lelaki itu, tidak layak la kau sebenarnya di panggil SUAMI.. DAYUS.. Bagi aku orang orang macam kau ni hanya layak di panggil JANTAN..

Buat kawan kawan lain yang ada pendapat tentang hal ni, feel free to drop me the idea ya..




~Mya_Hanny~

«º!¦[] Ku KaTaKan DeNgAn InDaH []¦!º»


Ku katakan dengan indah
Dengan terbuka
Hati ku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya

Kau beri rasa
Yang berbeda
Mungkin ku salah
Mengartikannya
Yang ku rasa cinta

Tetapi hati ku
Selalu meninggikan mu
Terlalu meninggikan mu
Selalu meninggikan mu

Kau hancurkan hati ku
Hancurkan lagi
Kau hancurkan hati ku
Tuk melihat mu
Kau terangi jiwa ku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hati ku
Tuk melihat mu

Membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan yang telah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri

Kau hancurkan hati ku
Tak tertahan lagi
Kau hancurkan hati ku
Tuk melihat mu
Kau terangi jiwa ku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hati ku
Tuk melihat mu

Melihatmu…


Mya_Hanny (^-^)

Friday, June 12, 2009

«•´º´••[• Sehari Di Kantor •]••´º´•»

Assalamualaikum,

Hari ni hari yang membosankan..tak tau nak apdet ape dlm blog aku neh..Mood swinging sket sbb bos nye muke erm......bak kate william so hai..ta tau ape kene ntah..tetibe tgahri tadik die tanye dengan aku nape aku masuk ospital arituh..baru nak tanye ke setelah seminggu aku kuar..nate sungguh..

Aku katelah Hypertension..Maw tak terkejut beruk die..siap tepuk2 blakang aku suh aku jage sket..tetibe datang keperimanusiaan die pekejadahnye..But anyway, good to hear that la kan..Sesetengah boss tu takmo langsung tanye..Maybe she is too bz la dengan problem die. Kan her brother in law ( Mr Chan ) baru jer passed away..

Tugas aku harini..erm..adelah Matrade (Trade Leads) sikit..tapi memandangkan server sangat slow aku cam malas lak nak wat. Next week la..takpon kat rumah nanti tgok gune berukben..tu pon kalo aku rajin nak wat..Name dah balik rumah..24 7 dok depan TV men game etc..kaen baju kotor ade sebeban nak basuh..alahaii...malas nye..walaupun hakikatnye masuk dalam washing machine tp aku tetap malas nak sidai..nak kene beli dryer pulak....tapi kalo berli dryer kene beli tukang lipat baju pulak..mane ade mesen lipat baju kan..unless laundry la..haha..

Time aku wat entry neh aku kat opis lagi..menanti waktu nak balik jer..pastuh zasss cabuting..jiwe aku dah kapoot la dok opis lelame..bosan dah..ade raser cam nak amek long leave jer..baru kejap tadik boss kate..Ammy, Monday morning ada meeting..adoiyai....tak boleh tgok aku bersenang lenang..hahahaha...Business Matching ape ntah katenye..

Mata aku ngantok plak tetibe...maw tido...oke all..nak pack barang nak cabot...ade masa apdet lagi...ekceli..lame aku tak bercerita kan...dulu rajin menaip lelaju...skang ni terlalu bnyak menaip hingga jadi malas nak menaip dalam ni..hehe...insyaAllah ada masa akan aku bercerita lagi..tentu kawan2 aku rindu dgn cerita aku..hehe..okay all...moga ketemu lagi...


~MyA~

Wednesday, June 10, 2009

··¤(`×[¤ Cinta Sempurna ¤]×´)¤·· ~pErfEcT LoVe~

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh

Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Darimu Darimu

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku...
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Darimu...

~mYa~

Wednesday, June 3, 2009

––––•(-• ~dAn SeBenArNya~ •-)•––––


oh bulan....
enggan melayan diriku lagi
pabila airmata membasahi pipi
dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku
pabila kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan berpura pura ku bahagia
ku enggan melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu mula menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

dan sebenarnya dan sebenarnya
aku rindu
dan sebenarnya dan sebenarnya
aku tak mampu tanpamu


Mya_Hanny

Tuesday, June 2, 2009

··¤(`×[¤ My WeDdiNg ¤]×´)¤··

׺°”˜`”°º× MarOoN-5 ׺°”˜`”°º×

׺°”˜`”°º× PutIh SuCi BerSih ׺°”˜`”°º×

׺°”˜`”°º× GolDen BroWn ׺°”˜`”°º×


׺°”˜`”°º× IkLaN ColGaTe TanPa KaViTi ׺°”˜`”°º×

׺°”˜`”°º× BoCaH MuMeT ׺°”˜`”°º×


Salam All,

Receptions sudah lame tp baru aku nak post..haha..almaklumlah sangat bz...recover dari kesedihan semua lengkap..Ni baru ade chances nak bercerita ttg wedding receptions ku..Tanggal 11/10/2008 wedding receptions aku dijalankan.. Meriah!! Alhamdulilah berjalan dgn lancar..Cuaca pada hari tu redup aje..Tak panas pon..Kuasa yang Esa..

Disalutkan badan dengan warna golden brown..Susah woo nak dapat kale neh..tapi aku mahukan jugak..Thanks to my wedding planner..Good Job! tapi tu persalinan kedua..1st one was white...putih suci bersih...baju ni masa kat rumah..family gathering..amek2 gamba kat rumah..kale putih...yeay!! Pastu persalinan ke-3 kale maroon..heheh..maroon-5 gitu..penat salin2 baju haha..tapi seronok ekceli melayari perkahwinan ni..
(CIK MIRA, sile kawen cecepat!!)

Thanks to Sue..welldone also on her make up..Hasben hadir kesewelan beliau..Sangat kelakar.. Adake nak pakai sneakers..gile..alasannye..takde kasot nak pakai..nasib Dikye penyelamat..bagi pinjam kasot..haih..hasben hasben..aku takde mood nak cerita panjang2 la..nanti2 la ye kawan-kawan..hahahaha..


Ekceli aku malas nak menaip.Muahahah..so u all layan gamba yeh..zassss...



Mya_Hanny

~~mEnJenGaH SeBenTAr~~KEhiLanGan OrG TeRsAyAnG~~

··¤(`×[¤ Smart Kids 2009 ¤]×´)¤··
··¤(`×[¤ GoLdeN BuLL AwarDs 08 ¤]×´)¤··

Salam All,

Sedih + Berat hati nak bercerita tapi agak lama aku menyepikan diri dari berblogging..Actually..Aku dan rakan2 sekarier baru sahaje kehilangan org kuat + orang kesayangan kami.. Managing Director of Expomal Group of Companies [Late Mr. Chan Luck Seh]..

He left his battle of his journey on the 24th May 2009 tepat jam 10.30am di rumah beliau bertempat di USJ 5. Beliau meninggalkan seorang isteri, 2 orang anak dan family yang tercinta tidak lupe kami2 as staff die..

Sedih? Hanya Tuhan yang tau macamana kesedihan yg dialami kami. Tiada lagi tawa dan hilai beliau ketika event selepas ini bakal kedengaran. Tiada lagi suara meminta di ambilkan air. Tiada lagi suara meminta dibuatkan NESKEPE. Aku antara orang yang paling rapat dgn beliau. Pasti hati aku akan rindukan kehadiran dan kewujudan beliau di office.

Mr Chan disanjungi oleh ramai org..His generousity yang membuatkan ramai yang merasai akan kehilangan beliau. Korang imagine Pak Lah anta bunga..Theressa Kok datang menziarah..tangisan aku dan rakan2 memenuhi ruang legar Nirvana Crematorium, Kuchai Lama. Tidak putus-putus orang datang menziarah. Tidak kenal bangsa. Yang menarik, aku..satu satunya staff melayu yang berkerja di bawah naungan beliau.

Let me tell u guys something about Mr Chan..Beliau sangat baikhati, jujur dalam ape saje yang beliau lakukan..Beliau garang ketika bekerja di dalam office...Full comitment to work. Wajib serious ketika kerja. Kekemasan. Punctuality. Tapi di luar waktu bekerja beliau seorang yg easy going..

Mesti korang tertanya2 kenapa beliau meninggal kan? Beliau suffering cancer..lebih dari 4 tahun beliau survived dgn cancer berada dlm badan beliau. Seorang yang sgt tabah. It was miracle in medical history where he can lived while deceased for almost 5 years. Aku akan jadikan beliau idola aku sampai bila2. Ketabahan dan semangat beliau untuk meneruskan hidup sampai beliau menutup mata membuatkan aku dan rakan2 sangat bangga berada di bawah kelompok beliau.

For Mr Chan,
Rest in Peace..we will definetely be missing you all day and we will continue your journey leading to success..May u find the best place up there to stay at and the angel to be with..


Aku dan Diriku,
Mya_Hanny