Friday, December 26, 2008

Simpang Pulai - Tapah

~ ConDominIums Di Lereng Bukit ~

~Wajah Orang Orang Asli Keluar Mencari Rezeki~

~ThE MisT~


~ SenYum SeIndAh SuRia~

~HabiTat SaNg RaJa RiMbA~


Setelah dekat sejam kami berlabuh di pekan Lumut itu, kami meneruskan perjalanan kami lebih kurang jam 6 pagi. Hasben pandu kereta kami menuju ke Utara sekeluarnya kami dari kawasan Lumut itu. Oh! Oh! Kemana ya? Menuju ke Simpang Pulai, Ipoh..Oh aku tidak sempat mengambil gambar kerana tidak adak pula spare battery. Lecehlah!

Aku cuit lengan hasben, bertanya "Hasben, kita nak kemana?". "Kita pergi Cameron Highland ya beby?", tanya hasben kepada aku. Oh! Aku suka ke sana. Sejuk dan nyaman udaranya. Kami meneruskan perjalanan kami menempuh hening Subuh menuju ke Tapah. Hasben tiba tiba mahu berhenti untuk solat Subuh. Oh! hampir aku terlupa. Itulah menjadi manusia, mudah lupa pada diri. Lalu aku seluk bacpack yang berada di sit belakang dan aku capai selendang bewarna kuning keemasan. Aku pakaikan dikepala dan sesampainya kami di perkarangan masjid waktu itu orang sudah pun separuh perjalanan ibadat mereka. Sebaik hasben parkir mobil, aku terus bergegas membuka but mobil dan mencapai beg yang berisi telekung aku. Aku tarik keluar kain pelikat milik hasben dan ku berikan pada hasben sambil berlalu mencari di mana tempat solat wanita. Aku tidak sempat mengejar untuk berimam sebab ketika itu masjid hampir lengang. Hanya tinggal beberapa orang yang duduk di sudut sudut masjid membaca Al-Quran..

Usai Subuh, tenang jiwa untuk meneruskan perjalanan. Tatkala itu waktu hampir ke 7.30 pagi. Dan perut minta di isi. Aku katakan pada hasben yang aku lapar. Oh!oh! Hasben kata nanti dulu masih belum jumpa R&R untuk kami berhenti bersarapan. Tapi, hasben tahu aku takkan boleh bertahan lama bila perut aku kosong lalu hasben berhenti di Petronas lagi. Hasben belikan aku 2 bungkus roti berserta Ducth Lady (Low Fat milk) untuk aku alas perutku. Sempat aku berpesan kepada hasben untuk membelikan battery untuk Nikon 7.1 aku yang telah exhausted. Oh! Hasben sayangkan aku. Hehe! Selepas itu kami teruskan perjalanan. Sambil itu aku sumbatkan roti ke mulut hasben juga. Karang kata aku tak berhati perut pulak makan sendiri sendiri. Haha! Oh, nyaman jika berjalan diwaktu pagi ni. Segar udara ketika embun liar mula membasahi bumi sebelum matahari terbit. Habis roti ditangan aku keluarkan Nikon aku yang telah exhausted batterynya.

Aku seluk plastik Petronas untuk aku carikan battery baru. Lalu aku masukkan kedalam buntot Nikon 7.1 aku. Wah!!! ia berfungsi lagi. Aku suka! Bermula lagi aktiviti aku mengambil gambar lagi. Gembira tak terkata. Tatkala kami sampai di Tapah, aku ingatkan hasben untuk mengisi petrol kereta kami. Oh ya! Kata hasben "nasib beby ingatkan orang," katanya. Aku memang selalu kena ingatkan hasben kerana hasben jarang alert dengan perkara yang sebegini. Kami tujui pula Shell. Isi penuh ketika itu yang petrol berbaki setengah tank up lagi Rm60 lalu penuh tangki. Oh! Cukup hingga hari kami mahu pulang nanti jangkaku.

Ketika dalam perjalanan menaiki puncak Cameron Highlands, aku terpesona dengan hutan hutan dan gunung-ganang yang menghijau. Sungguh indah ciptaan Illahi untuk makhluknya. Sekali lagi berdecip decip Nikon 7.1 aku. Kami limpasi rumah rumah orang asli. Oh! Oh! sangat ramai orang asli yang telah keluar di waktu itu untuk mencari rezeki. Tidak kira lah muda atau tua. Berbekalkan parang dan kain melilit kepala mereka berjalan beramai ramai meredah lautan belantara. Oh! Tidak pula mereka gentar dengan ngauman "Sang Raja Rimba" atau sisiran "Si Panjang Berjela". Mungkin bagi mereka, belantara itu tempat mereka, tidak lah perlu gentar. Jika gentar perut tidak berisi la agaknya. Aku tak makan sejam dua sudah terasa laparnya. Inikan pula mereka orang asli yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Badan pula kerempeng kurusnya. Uh! Kesian mereka.

Setibanya kami di Lata Iskandar, aku minta hasben berhenti seketika. Aku bilang padanya aku mahu melayan Nikon 7.1 aku di Lata Iskandar itu. Ya! Hasben setuju. Dapatlah kami berehat seketika sambil menjamu mata kami dengan air terjun lata itu dan sempat aku dan hasben berposing di depan ari terjun yang tingginya? Oh! Aku kurang pasti berapa kaki. Aku cecahkan kakiku di bibir air terjun itu. Oh!Oh! Sangat sejuk dan nyaman airnya. Aku cuci mukaku. Terasa sangat segar.. Hasben duduk mencangkung di tebing. Ketakutan akan kedinginan katanya. Aku renjiskan air dimuka hasben yang layu mungkin mengantuk agaknya. Menjerit hasben padaku. Tatkala itu hasben tidak lagi takut pada air yang sejuk itu. Hasben rendamkan kakinya di dalam air sungai yang mengalir dingin itu. Wah! Sangat hebat! Tadi tak mahu mula, bila aku ajak hasben bersama. Aku ambil photo hasben berposing seperti mahu terbang ke angkasa. Aku tahu hasben letih memandu semalaman. Hasben tanya pada aku, "Beby nak mandi?". "Harr?! Taknaklah!! Gile ke? Sejuk ni", jawabku pada hasben. Berdekah dekah hasben ketawakan aku. Eee.. Jahat!! Setelah selesai sesi penggambaran, kami mahu teruskan perjalanan.

Oh! Aku rasa macam mahu terkucil pula. Almaklumlah sejuk tika di air terjun tadi masih terasa di jemari kaki aku. Aku tarik tangan hasben menuruni toire awam yang terletak di lereng bukit. Aku suruh pula hasben QC. Bersihkah toire itu? Haha! Hasben ketawakan aku lagi sekali. Bersihlah katanya. Hasben memang tau sikap aku yang cerewet tentang toire. Kalu kotor sanggup aku tahan biar terkena batu karang atau sembelit. Okay! Senang tugas aku kalau begitu bersih toire itu mengikut QC hasben. Dah lega, kami menuju ke kereta dan kami meneruskan perjalanan kami untuk ke destinasi berikutnya, Tanah Rata.

To Be Continued...


Wednesday, December 17, 2008

Destinasi Berikutnya

Korang nampak apa yang aku nampak?


Menara ke tiang? Aku tidak pasti.



Hening Subuh dimana lokasi tidak aku ingat lah.


Oh! Oh! Sungguh biru. Berdiri dibawah cahaya bulan.



Nak peluk pokok besar sangat jadi aku pegang pun cukuplah.



Hasben sedang mamai baru bangun dari berdengkur lalu aku paksa untuk mangambil gambar.


Neon dari kapal kapal yang berlabuh.


Oh! Oh! Ini gambar syok sendiri!!



Snapped masa battery Nikon 7.1 weak, inilah hasilnya.

Setelah selesai hasben bersiram, solat aku hulurkan pada hasben baju nya bersama bermuda. Oh! Sudah pasti baju kesukaan hasben bewarna oren.. Setelah siap segalanya sambil hasben menanti waktu utk aku usai bersolek, dia tujui bilik itu lagi.Oh! maen game lagi mamat neh, bisik hatiku. 30minit cukup untuk aku bersiap, tatkala itu jam sudah menunjukkan 11.40 malam. Wah! Sangat menarik memulakan perjalanan diwaktu ini. Adventure!! Aku kan Paranormal merangkap para para sakura.Haha!! Ku capai kunci kereta dan berlalu ke bilik entertainment tempat hasben berperang. Tupp!! Aku tekan switch utama yang memberi kuasa elektrik ke semua rangkaian hiburan milik hasben. Tika itu, dia sedang asyik berperang dengan EPL Liverpool vs Chelsea. Hahaha!! Padan muka hasben.

Aku hulurkan kunci kereta kepadanya walaupun dapat aku lihat riak ketidakpuasan di muka hasben. Ah! tidak aku takut. "Pegi tolong orang letak beg dalam kete la..", rungutku. Dengan muka kurang gula hasben berlalu sambil menjeling kepada aku. Aku? Oh! Rileks. Ish! Pemalas hasben ini. Tak mau membantu langsung. Dari hujung rambut ke hujung kaki semua aku yang siapkan. Itulah betapa besar perngorbanan sang isteri tapi kadang kadang kaum hasben ni tak reti nak menghargai. Jangan kata kudis di badan sepender pon sang isteri kutipkan. Tapi hasben aku takdelah kudis. Kalau dah aku pembersih takkan hasben badan berkudis. Kalau ada kudis aku ambik toilet detergen aku tenyehkan ke kudis itu. Haha!!

Selang beberapa minit hasben muncul lagi. Oh! Selesai sudah hasben loading barang dalam kereta. Hasben capai tangan aku, "Jom gerak beby, dah kul berape ni?", bising hasben ditelingaku. Aku tarik LV lusuhku, aku sarungkan ODM Orangeku, aku semburkan Rush ke pergelangan tanganku, aku perlihatkan diri di cermin untuk kali terakhir dan akhirnya kami meninggalkan rumah dengan gembira berbunga di dalam hati. Yeyy!! G Holiday!!
Masuk je dalam perut kereta aku tarik keluar Nikon 7.1 dari LV lusuhku. Get ready to snap photos while on our way of the journey. Oh! Perjalanan sangat menarik di kala itu sebab sejuk dan gelap. Tak kena matahari jadi tak delah aku gelap. Sudahlah sememangnya aku ni berkulit tanned. Berdecip-decip Nikon 7.1 aku berbunyi dek kerja aku yang mengambil bermacam macam gambar. Tujuan kami? Tak tahu kemana. Aku tanyakan hasben tiada jawapan. Katanya ikotkan saja kemana stereng mempergikan diri.
Kami menyusuri jalan Meru, Kapar dan seterusnya ke Kuala Selangor. Tidak aku pasti hasben mahu kemana tapi yang pastinya ke belah Utara. Adelah beberapa gambar hutan yang aku sempat snapped ketika dalam perjalanan. Oh! Sesampai di satu simpang hasben belok ke kiri. Oh! Oh! mahu kemana hasben ini. Lebih kurang 10km terlihat papan tanda Lumut. Ngaa.. Menuju ke Lumut kah kami? Tak kisahlah kemana pun aku okay saje.

Mata aku dah penat setelah menjamu panorama hutan yang hitam tapi aku terasa nyaman. Hasben cuit lengan aku, "Beby, orang ngantukla. Kita berhenti sekejap ya?", tanya hasben kepada aku. Aku angguk tanda setuju. Hasben berhenti di satu stesen Petronas untuk merehatkan lelah kami. Kami turunkan sits sedikit dan berlabuhlah dua pasang mata untuk seketika. Aku tersedar tatkala terdengar hasben berkeroh. Oh! Oh! Sungguh dasyat bunyinya. Barangkali hasben kepenatan. Aku cuba untuk melelapkan kembali mata aku tapi gagal. Aku kejutkan hasben dan aku suruh hasben bertukar tempat denganku. Tiba saat kami meneruskan perjalanan. Tatkala itu jam menunjukkan 4.00 pagi. Aku pandu kereta kecil aku menyusuri jalan gelap itu. Suram! Tapi ada banyak lori. Sedikit sebanyak aku terhibur melihat lori lori yang tersengguk sengguk pemanduannya. Mungkin tidak tukar minyak hitam.

Setelah sejam perjalanan akhirnya kami sampai di simpang empat menuju ke Lumut, Teluk Batik, Setiawan dan Ipoh. Aku tuju ke kanan jalan di mana terletaknya sebuag tugu siput menuju ke Lumut. La.. ke Lumut ke destinasi kami? Okaylah sekadar menjamu mata melihat keindahan Lumut kan? Apa salahnya.. Sesampainya di pekan Lumut, tiada kedai yang aku lihat buka. Oh! Terlupa yang waktu itu sudah hampir subuh. Aku behentikan kereta di Waterfront Lumut. Hasben terjaga dari dengkuran lalu bertanya dimana lokasi kami. Oh! Aku beritahu hasben yang kita berada di Lumut. Kami turun dari kereta dan berjalan di tepian waterfront. Oh! Oh! Sangat nyaman bau lautan. Aku suka... Menikmati panorama indah dari neon diseberang lautan. Oh! Mungkin dari kapal kapal yang berlabuh atau mungkin dari Pekan diseberang sana.

To Be Continued...

Tuesday, December 2, 2008

Perjalanan Jauh

Hallu semua..sorry lamer gak aku tak jenguk blog aku sendirip..sgt bz 2-3 hari nih..untuk tak buang masa, marilah enjoy...

Ahah..tanggal 28hb November 2008, tepat jam 5.30ptg aku kemas beg aku dan balik ke rumah dari opis la mane lagi?? Then sesampainye aku dirumah, aku campak beg aku..aku gantung kasotku and aku tujui couch aku..fuh!!!ku lemparkan bontotku ke atasnye..nikmatt!!!!!!

Lalu, aku capai remote Tv bersama remote Astro..Ku tekan punat ON..ku tekan tekan tekan tekan tak jugak aku jumpe channel yang menarik utk aku tonton. Lagi ku tekan tekan tekan kononnye nak juge aku cari channel menarik.OH!!! tak jumpe lagi!! Sangat bosan!! Aku tgok jam di dinding dah dekat pukul 7 ni..Mana hasben? Takkan tak balik2 lagi. Baru aku nak capai handfon sudah ku dengar bunyi grill rumah aku diseret..

Oh!! Hasben kah? yey!! Aku berlari ke pintu. Aku pulas tombol, tara...wajah hasben yg kepenatan tersembul depan aku. Ku capai tangan hasben dan ku kucup. Sudah menjadi routine aku utk lakukan itu. Hasben hampiri aku lalu di kucup pipi dan dahiku. Oh! Sgt romantis!! Haha..( Cik Mira sile jeles ye!! )

Setelah pintu ditutup, aku tanyekan hasben, " Kanda, mau minum apa? Tea, Coffee or just Plain Water?". Hasben kata air sejuk je. Okay, ku capai gelas lalu ku buka peti es. Ku keluarkan botol kaca berisi air sejuk dan aku tuangkan ke dalam gelas tadi. ku simpan lagi botol ke dalam peti es. Berjalan menuju kepada hasben lalu dihulur gelas. Aku labuhkan bontotku disebelahnya. Perbicaraan bermula, "beby, nak g mane2 tak? Jom tengok movie?", tanya hasben kpd aku. Oh! sgt malas nak keluar. "Tak moh ah!! Bosan ah!! Jalan dekat2 ni boring". Aku beritahu hasben. tiba2 terdetik idea untuk aku pergi ketempat yg jauh. Tapi tak tahu ke mana hendak kami tuju..


Lalu aku katakan pada hasben yang aku mahu pulang ke rumah bunda mertua di Kapar. Oh!! Hasben senyum lebar bila berbicara ttg kampung halamannya. Sudah lama tidak kami menjenguk bunda di kampung walaupun tidaklah sejauh mana Kapar tu. almaklumlah kami berdua sibuk dgn tugas seharian. Aku tujui kamar aku lalu ku capai backpak aku. Aku selongkar closet aku dan aku cari baju yang sesuai untuk aku pakai ke rumah mertua aku. Aku selak helaian lipatan oh!! aku tak tau baju mana yang mahu aku pakai. Aku kemaskan baju hasben dulu. Aku capai lipatan baju hasben lalu ku sumbatkan ke dalam backpaknya. Aku berlalu ker toire, aku capai Neutrogena, Mark & Spencer Almond Body Wash, Colgate, Oral-B tooth brush aku dan hasben, Lactacyd, Seba Med facial wash, Dalacin-T, Clairol Syampoo and Conditioner dan loofah..Penuh tangan aku.uh!hasben sedang asyik bermain PS. Aku biarkan saje tp hati sakitlah. Sebab hasben tak mau tolong. Aku letakkan sumer tuh atas server dan aku mencari- cari mana pouch toiletries aku. Sudah lama tidak aku guna. Hampir terlupa di mana ku simpan. Aku bongkar closet aku, Oh! di dalam ini rupanya.. Aku sumbatkan barang barang tadi kedalamnya. Nasib muat..dulu sorang aje, muatlah sekarang dah berdua nasib baik masih muat..hahaha..

Setelah selesai kerja kemas mengemas ku, aku suruh hasben mandi solat dan bersiap. oh! katanya awal lagi. Tunggu sebentar. Dia masih leka dengan PS nya. Tidak aku perduli, aku capai tuala aku dan aku tuju toire untuk shower. Oh! tatkala ku curah badanku dgn shower dingin dan nyaman sekali. Hilang lelahku kerja seharian. Oh aku lupa yang telah aku masukkan shower gel serta facial cleanser aku ke dalam beg.Oh!Oh! Tak mengapalah. Aku picitkan shower gel Johnson & Johnson ke batang kayu loofah aku yg jarang sekali aku guna. aku gosokkan ke belakang badan aku. Sangat segar..bersih aku rasa kulit aku dari daki daki serta peluh. Usai sudah sesi penyabunan, aku bersihkan loofah dan aku gantung di tempatnya. Aku lalukan badanku dengan air..oh...sangat segar. Selesai, aku ambil towel aku lalu ku tepekkan kebadan hingga separa kering lalu ku kembankan badan aku menuju keluar.

Oh! aku lupa aku belum lagi pilih baju apa yang hendak aku pakai. Lalu aku capai baju sleeveless hitam bersama British India linen pants berwarna hitam. Entah kenapa aku mahu berwarna hitam malam ini. Mungkin kerana dingin. Selesai aku maghrib aku berteleku menanti Isyak yang sememangnya di ambang. Hati kecil aku berbisik, Oh! Hasben tak solat lagi...aku mendengus..lantaklah! Sudah aku peringatkan. Aku nanti Isyak dgn tekun sambil aku berteleku sendirian. Di masa inilah aku mengabdikan diri kepada-Nya. Habis Isyak aku lipat telekung aku lalu aku sumbatkan ke dalam backpak ku. Hasben masih khusyuk dgn PS.

Aku berlalu ke dalam entertainment room kami. Aku capai kusyen kecil lalu ku lempar kepada hasben. " Dah Isyak, nak jadi ape? Setan? dok layan game tu, sampai tahun depan pun tak habis", marah ku pada hasben. Hasben pandang aku dan mencebek muka..uh!! sgt sakit hati. Tapi dia tetap bangun sambil jari memicit remote lalu ditanggalkan headphone yang melilit kepalanya. Sunyi kamar itu. Aku hulurkan towel kepadanya, dgn senyum nakal, hasben kucup pipi aku dan berlalu ker toire untuk shower..

To be continue..