cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos

Friday, January 20, 2012

[[..A Tribute To Smart SHARK..]]


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Teman- Teman,

Di pagi hari Jumaat yang mulia ni..ditemani oleh hujan dan cuaca yang tenang.. Seorang teman kita telah kehilangan adik kesayangan beliau.. Mesti ada di antara kita yang kenal dengan Cikgu GT Hans..atau lebih dikenali sebagai Kakak yang baik kepada adik- adik beliau.

[ S.H.A.R.K ]
Salah seorang adik Kakak yang paling disayangi beliau. Kehilangan Shark adalah satu kehilangan yang besar bagi Kakak. Aku juga terasa akan kehilangan Shark. Amat- amat terasa. Masih teringat keletah Shark bila aku pergi melawat dia. Manja, agresif dan sangat friendly. Shark budak baik. Dia tak pernah buat jahat. Dia tak pernah sakitkan hati sesiapa. Dia selalu menghiburkan banyak orang yang datang melawat. Dia sering membuat orang ketawa dengan keletahnya. Tapi sayang, Allah lebih sayangkan Shark. Allah mahu Shark ditempatkan ditempat yang sepatutnya Shark berada.

Teringat aku tentang cerita Kakak Shark, Shark mahu cari ibunya. Mungkin doa Shark Allah makbulkan. Walaupun itu hanyalah cerita semata- mata tapi bagi aku, cerita- cerita Kakak itu seolah- olah benar. Terpandang- pandang kerenah Shark bergurau bersama teman- teman lain. Berlari ke sana kemari. Yang terakhir aku teringat tentang cerita Shark yang aku postkan di blog aku ni beberapa hari lepas.

Kali teakhir aku melawat adik- adik Kakak ialah pada hari Jumaat lepas. Sempat aku bergurau dan bermanja dengan Shark. Sempat aku pegang dan belai Shark.. (Ya Allah..kuatkan hati hambamu ini)

Kepada Kakak,
Aku doakan Kakak tabah dan sabar dengan apa yang terjadi. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. (Nanti aku carikan adik baru macam Shark ya?) Jangan sedih- sedih tau. (Walhal aku sendiri tengah menangis). Kita doakan Shark dapat jumpa dengan mama dia ya?

Dear Shark,
You will be dearly missed sayang.. Tenang aja kamu disana ya? Aunty Mya loves you!

Tear drop~
Mya Meow Amy

10 comments:

GtHans said...

Terima kasih Mya..:(

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

Sama2 Kakak! Aku masih bersedih la..ko lagi la kan...huhu..

meowwmania said...

sedihnya....

mesti kakak lg sedih, harap dia tabah

:((

Esah said...

Harap kakak tabah.. Cah masih bersedih.. masa baca coretan ni pun air mata mengalir.. :'(

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

Meowmania,
Tulah...kite pon tgh sedih ni..masih bersedih..saki baki air mata pon ada lagi.. kite harap sgt kakak tabah..

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

Ecah,

Kuat aura Shark kat orang2 yang mengenali die and ikuti cerita Kakak.. sob sob.. meh share tisu sini.. :'(

bylindakitchen said...

sedeynya...;'(

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

Misz Pinkie Winkie (linda),
Yeap..i guess everyone tgh bersedih... :'(

m4rilyn said...

*tissue mode*

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

Marie,
jgn kata tissue..dgn toilet roll pon aku sental.. sob sob