cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos

Tuesday, June 16, 2009

··¤(`×[¤ GaNtUng TaNpA TaLi ¤]×´)¤··


Salam Sejahtera buat teman2 aku..
Hari ni aku nak cite sikit pasal seorang kawan aku.. Aku sangat simpati dgn kisah dia..ikuti kisah ni tau..


Takperlulah aku bgtahu sapa nama kawan aku ni. Die ekceli digantung tak bertali oleh suami die. Kesian..agak lama jugaklah kawan aku menanggung derita. 4 bulan katanya. Ah lelaki..semua sama. Tapi pandai berkata bila si perempuan keluarkan ayat sebegitu. Jawapan yang kerap perempuan terima "Tak semua lelaki sama". Go to hell with that. Habis madu sepah dibuang. Di ibaratkan sang isteri ni kan. Lelaki kalau dah kawen cakap belum kawen pun, sapa tahu kan. Kalau perempuan, dah kawen cuba cakap belum kawen. Alahai. Lelaki jika kawen 2 sekalipun, sang isteri pertama tak tau, ape tanda yang boleh dilihat pada seorang lelaki. Kalau perempuan, oh!! Isu sensitif ni.

Kesian aku dgr cerita si kawan ni. Kena fitnah, kena sepak terajang, kena pulak maki yang tidak tidak..Oh! sungguh DAYUS la lelaki itu. Kudrat seorang lelaki adalah 10 kali ganda dari kudrat seorang wanita. Tengok nisbah 10:1. Alhamdulillah kawan aku ni seorang yg kuat adanya. Kuat mentalnya. Berlawan dengan emosi sendiri bila diri di gantung tanpa tali. Dah tak mau lagi dgn kawan aku ni, buat ape simpan lagi. Lepaskan saje die. Sudahlah ke mahkamah beberapa kali. Si lelaki itu, tak jugak muncul muncul. Sampai majistret jadi letih untuk postpone tarikh.

Katanya mau setel di luar mahkamah. Sudah aku nasihatkan kawan aku ni. Jangan terpedaya dengan bohongan si lelaki itu. Biar selesai dalam mahkamah. Sedangkan dalam mahkamah pun di buat main main saje dengan perintah hadirkan diri. Apatah lagi di luar. Mau di culiknye kawan aku ni kan.

Tarikh hari ni, aku dah di inform kawan aku ni, dia akan ke mahkamah. Aku pulak menanti dengan sabar kepulangan kawan aku ni. Konon nak dengar berita gembira. Tup Tup!! Mya...Postpone 7/7.. Die tak datang. BANGSAT lelaki itu. Aku kabarkan pada kawan aku lelaki itu memang BANGSAT. Apa lah lagi yang dia mahu. Perintah mahkamah macam perintah nenek die pulak. Suka suka mau datang. Alasan lupa..alahai..lelaki..boleh percaya ke? Gunalah reminder. Kan handphone masing masing canggih..Apa susah.. taip saje 16/6 - Mahkamah Syariah. Sampai tarikh tu tentulah berbunyi kan. Alasan lelaki..

Kawan aku ni pulak, aku suruh die cekalkan hati. Aku kabarkan padanya, ni semua dugaan Allah. Terima dengan redha. Mungkin ada hikmah di sebalik dugaan yang diberikan ni. Aku berdoa agar Tuhan memberikan kawan aku ni sepenuh kudrat tenaga untuk melawan emosi sedihnya. Mengawal amarahnya. Lembutkan hatimu kawan. Ingat pesan aku..tentu ada ganjaran bagi orang orang yang redha dan akur dengan dugaan Nya..

Buat lelaki itu, tidak layak la kau sebenarnya di panggil SUAMI.. DAYUS.. Bagi aku orang orang macam kau ni hanya layak di panggil JANTAN..

Buat kawan kawan lain yang ada pendapat tentang hal ni, feel free to drop me the idea ya..




~Mya_Hanny~

10 comments:

eddie dewanaga said...

gua tak nafikan, there's a lot of us yg peraangai lebih kurang mcm binatang... org2 mcm gini bikin busuk nama lelaki je....

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

finally...ade gak org komen....adoiyai..punyelah lame tunggu...tp takkan sorang jer kot...sadis...

Anonymous said...

Keras sekali lantun bicaranya. Semua yang bernama manusia punya kelemahan. Tapi tidak semua manusia yang begitu. Semoga Allah memberikan laluan kepada rakan sdri itu. Salam perkenalan.

Littlesilence said...

thanks mya... for everything.. :)

sometimes.. aku dah rasa mcm patah semangat nak lawan dia..

he's the biggest liar i ever met..

nita said...

salam ziarah dik..

sangat2 kesian kat kawan kamu tu.. nasib wanita.. lelaki sebegitu mmg DAYUS.. haha!

seriyess.. akak penah mengalaminyerr.. cuma keadaan saja berbeza..

pasal perintah mahkamah tu, setahu akak kalo lelaki tu tak datang.. waran tangkap akan dikeluarkan..

pesan kat kawan, kuatkan semangat..

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

serunai fakir,
tak semua manusia sama..memang..tapi ada juga yang seperti binatang..

Eddie,
hahah...sedar pon oke....

Silence,
No big deal..itulah gunenye teman..bukan yang ketika ssh sume lari ntah kemana..

Kak Nita,
Thanks Very Much...Kak Nita mmg rowk..teruskan berblogging..btw..ape satu lg blog..hehe

nita said...

lupa lak nak taip tadi..

sebagai wanita yg telah ditindas, jgn sesekali tunjuk yang kita ni lemah okehh.. kena kental! kental tuk berjuang mencapai keadilan!

semangat akak nehh kalo bab-bab camni.. huhu!

nita said...

pada akak kan..

kalo nak overcome perasaan2 camtu kat asben.. mmg payah laa.. sbb kita mmg kekadang akan berprasangka yang asben kita pon "MUNGKIN" akan buat benda yang sama.

tapi..

kita sendiri dah bertahun hidup dgn asben kita, rite. jadikan itu sebagai pedoman dalam hati yg asben kita "TAK AKAN" lakukan perkara2 DAYUS camtu kat kita.

kecuali laa kalo asben tu sendiri yang pernah menunjukkan tanda2 lelaki "JANTAN".. jadikk seharusnyerr kita berwaspada..

nurdaniella said...

salam kenal mya.. akak pun penah kena gantung tak bertali nih.. tempoh penggantungan akak lagi lama, dik.. 4 tahun tu.. tapi, bak kata nita, kena kentalkan semangat.. jangan tunjuk yang kita ni lemah.. selagi terdaya untuk melawan, kita lawan jer..

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

Kak Nita,
Thanks for the advise..Nanti Mya kabarkan pada teman Mya neh..

Kak Daniella,
hah!! 4 taun..Lame betul tu kak..da tuh ape kesudahan nye kak?