Thursday, June 25, 2009

«º!¦[] Kalau Suami VS Jika Suami []¦!º»


KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada yang tak kena
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji belanja isteri
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati


PESANAN KEPADA ISTERI2 : Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ? Kalau JIKA SUAMI lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA. TETAPI .... KALAU SUAMI lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 : Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI.. DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA....

9 comments:

Cik_daya said...

daya tak der suami lagi... baca je laa...
ym daya
cik_daya@yahoo.com

¤(`×[¤_My4_¤]×´)¤ said...

Cik Daya,
Muahahaha..single gak ke..same dgn cik LOL...sebbek gtau awal2 kang takut misunderstanding kang.. ekek :P

sis_nita said...

akak : basuh kain..
asben : tulun sidai..

akak : lipat kain..
asben : tulun sesama..

tu jerr akak nak citerr.. hahah!

sis_nita said...

akak dah folo kamu yerr..
dah okehh dah..
ari tu tak leh nak folo..
tak cayerr..?
tgk laa kat follower tu..
gambar saperr yg chomel tu..
ahaksz..

besi said...

hmmm...kena kaji lagi nie

Mama-Danish & Sarah said...

WAHHH......RUMAHKU UMPAMA SYURGA.. BAHAGIA-BAHAGIA....

SkiD said...

emm..bab suami bagi isteri kereta, suami naik LRT tu..huhuhu...Aku bagi 2 kereta kat isteri, aku naik motor je meredah hujan gi keja..huhuhu...

¤(`×[¤_My4_¤]×´)¤ said...

Kak Nita,
memang korang suweet la..nak gak at least abg joe tolong..cam mya neh..hampes...kalo kaen tuh sebeban di tambah berbeban2 dgn baju die..tp die rajin tang basuh baju yg sememangnye ade dlm washer la..kate suke men air...[ bengkrap aku ]

Yey dah folo...nak p cek sat..brb zassss....

Besi,
Kaji jgn tak kaji..heheh..

Skid,
yang ang pandai sgt p bg 2 bijik kat bini ang watpa :)) [asben mya pon pakai moto jugak sbb nak elak jem]

¤(`×[¤_My4_¤]×´)¤ said...

Mama Danish aka Kak Ain,
Eheh..rumah ku syurga ku jugak :P