Air Mata
Bahawasanya air mata, tiada lah kira tempatnya untuk jatuh, tidak pula ia memilih waktu untuk menitis. Asal ada sahaja pasti jatuh juga, walaupun ketika kekelatan mata melanda.
Air mata adalah kepunyaan bersyarikat, dipunya oleh orang orang melrat yang tinggal di dangau dangau kecil dan buruk di sudut desa, di curam bukit, di lereng gunung
Air mata juga dipunya oleh mereka yang di istana istana indah, mahligai tersergam walaupun kemewahan menghiasi segala, bahkan disitu lebih lebat air mata yg melanda meratap memulas tangis.
Air mata juga milik anak kecil yang bermain dengan teman sepermainan pabila saat patung boneka direnggut dari tangannya. Tangisan tidak berkala, tidak kira usia.
Dikala air mata aku yang menitis, adakah siapa yang tahu apakah isinya? Perlukah aku khabarkan pada dunia ada apa dengan air mata aku? Tiada siapa yang tahu tatkala air mata aku menitis berbutir butir.
Bertanyakan pada diri sendiri kenapakah air mata di gelar permata berharga? Aku tiada jawapannya. Hanya kalian mampu menghuraikannya.
3 comments:
mari mya,
akan aku katakan pada kau
kerana hidup ini
bukan hanya untuk hari ini
dan esok di jalanan ini
masanya masih panjang
jalan separuh hanya baru dilalui
dan terasa sudah payahnya
tapi aku pasti kau akan menyusuri jalan yang separuh lagi...
moga ko sentisa dalam kasih dan sayangNya.
oh lesbo ku sayam... xmo nanges2 yeh..... :d
hehehe..
nice la..
tp i tag u ok..
so..jawab la erk..
Post a Comment