cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos

Wednesday, November 12, 2008

Rindu

Aku ingin berkongsi cerita dgn sedikit ttg diri aku suatu ketika dulu. Waktu tu, umur aku dalam lingkungan 18-21 tahun. Muda lg, baru habis SPM and aku di tawar utk melanjutkan pelajaran aku ke universiti. Korang tau kat mane? Kat Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Punyelah aku bertanye2 pada diri aku sendiri boleh kah aku berjauhan dgn family aku. Nak tak nak aku terpaksa jugak pergi. Surat tawaran aku isi semula dan aku serahkan kepada pihak yg sepatutnya. Huru-hara satu kampung mama dan ayah aku bercerita yg aku dapat masuk universiti. Betapa gembiranya hati dorang bile aku dapat masuk universiti. "Takpelah, jauh sikit jer. Nanti boleh rajin2 balik. Bile rase nak balik, call la bgtau ayah". Kata mama aku.

Segala persiapan siap di atur. Dari hujung rambut hingga hujung kaki di uruskan mama dan ayah aku. Beg baju aku pun mama ku yg kemaskan hinggakan aku punye spender dan kotang pon, mama aku yg kemaskan. Tetibe aku jd sebak bila terfikir yg aku akan tinggalkan mama dan ayah aku jauh di seberang. Kalau aku demam, siapa nak tengokkan aku. Siapa yg nak bawakkan aku ke klinik seperti selalu yg ayah buat pada aku bile aku demam. Jangan kate demam, aku selsema sikit pun, ayah kelam kabut bawak aku ke klinik. Korang tengok kasih seorang ayah. Aku terharu.

Mama aku jgn kate cium aku, tidur dgn aku pun still peluk aku. Dan sampai saat ni pun mama aku masih cium, gomol aku sama macam ketika aku masih kecil di pangkuan mama. Setelah sampai hari keberangkatan aku, mama dan ayah yg menghantarkan aku ke airport. Dalam kereta tak payah cerita lah air mata aku berjurai2 tak henti2. Mama kate, jadikan ini satu pengalaman yg baru dlm hidup aku.

Dari aku kecil sampai saat tu, aku tak pernah berjauhan dgn mama mahupun ayah. Ni kan pulak nak suruh aku pergi jauh dari diaorang. Perjalanan aku selamat. Selama 3 jam dalam air craft naik kematu punggung aku. Selamat sampai je kat airport aku mencari arah kemana harus aku tuju. Aku cuba mendapatkan bantuan kereta sewa yang boleh menghantar aku ke UITM. Alhamdulillah nasib aku baik ada seorang pakcik yang sanggup menghantar aku ke sana. Sepanjang perjalanan aku, teringat kat mama dan ayah aku. Rindu sangat pada mereka. Airmata jatuh menitis lagi.

Apa yang aku tau pada saat itu ialah... AKU TERLALU RINDU PADA MAMA & AYAH


Me,
Mya_Hanny

2 comments:

zamrie said...

hai mya, tahniah blog ko dah nampak perubahan heheheh, kira anak ketiak mak dan abah laaa niii kan? hehehehe aper pun sukar untuk jelaskan dengan kata kata hubungan ajaib antara ibu bapa dan anak... syukur dianugerahkan kasih dan sayang moga kekal dalam siratulrahim kekeluargaan.

asam said...

akhirnya..dia mula bercerita, sesuaikan cerita dengan gaya bahasa agar tidak disalah anggap oleh sesetengah pihak..apa apa pun..adikku sudah bercerita..tahniah!