cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos

Thursday, September 17, 2009

]].... Selamat Hari Raya ...[[


Salam Teman Teman,


Ahah!! Ni kad raye aku yang simple nak mati..Korang kalo nak amek amek la..Lagi aku suke...bizi la...takde mase nak edit2 bagai...hahaha.... Selamat hari Raya...Maaf zahir dan batin...


Jemput ke rumah yeh...

]]..SEBUTIR KURMA ..[[

Salam Teman Teman,
Ni cerita yang aku baru dapat dari Angah aku..Renungkan lah...Ikuti kisahnye..

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham
berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di
perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di
dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak
didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari
yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.


Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.
Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti
biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. ? Ia shalat dan
berdoa khusuk sekali. ? Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim
bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya
selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.


"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4
bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram,"
jawab malaikat yang satu lagi.


Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi
selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan
mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh
ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan
haknya.. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim
beristighfar. ? Ia langsung berkemas untuk berangkat
lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.


Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat
penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang
lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang
tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang
meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak
muda itu.


"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu
kepada siapa saya meminta penghalalan ?" Lantas
ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.. ?


"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita,
"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur
ku makan tanpa izinnya?"


"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan.
Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya
11 orang? Saya tidak berani mengatas nama kan mereka
karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."


"Dimana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui
mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim
bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya
selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma
milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan
kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah
Sakhra..

Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu
terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak
gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain."


"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia
telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma
itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali
dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih
milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."


Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke
tubuh kita, sudah halal-kah? Lebih baik tinggalkan
bila ragu-ragu...

Mya Hanny

]]..Cerita Si Miskin..[[

Salam teman teman,
Sekadar renungan buat teman teman, buat peringatan diri aku sendiri yang sering terlepas pandang. Cerita dari seorang teman aku..ikuti kisahnya..

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Ketahuilah teman teman...Sedhaif dhaif kita, ada lagi yang lebih dhaif dari kita..

Wallahua'lam..

Ikhlas,
Mya Hanny

Thursday, September 10, 2009

]]...Renungan, Maafkan Aku...[[

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR BUATKU

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu..merayu. ..kepada- MU
Tuhan yang satu

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku aku kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku sia siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal aku dendang...bakal aku syairkan

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malamku aku sibukkan dengan
Bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
Mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat aku
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati aku
Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupanku di sana nanti

Namun teman...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Wallahua'lam..

Untuk Teman Teman..Jika ada kekasaran yang dilakukan oleh aku, aku pohon kemaafan dari kalian..

Ikhlas,
Mya

Thursday, September 3, 2009

·!¦[· Kenkucen Aku ·]¦!·

Salam teman teman,

Disebabkan aku takde keje nak dilakukan and aku adelah sedikit bosan kan?? meh la aku tempek gamba kenkucen aku.. Aku ade 4 orang kenkucen semuanya.. 2 perempuan and 2 lelaki.. Aku sayang mereka. Dalam 4 orang tu aku paling sayang Oren [ G.A.R.F.I.E.L.D ]
sbb beliau sangat adorable and comel gilak :P


[ GARFIELD KECINTAAN AKU ]


KORANG TENGOK TIDO PON PAKAI BANTAL . KALAU KORANG BAGI BANTAL KALE LAEN KAN?? BELIAU RELA TIDO BERBANTALKAN LENGAN



BELIAU MEMANG SUKE KALO DILETAKKAN BEGINI

TENGOK PALE BELIAU KAT MANE?? HEAD REST YANG PALING BEST




SAPE USIK BANTAL NI MEMANG CARI PASAL LA DENGAN BELIAU




[ GEMOK KECINTAAN KU JUGAK ]



TENGOK BETAPE GEDIKNYE BELIAU




OREN POSING DENGAN EMSEMNYE. NI MEMANG POSE KEGEMARAN BELIAU OKE..



TENGOK NI KALO TIDO MAK AIH..TAK INGAT DONIA DAH..



KACAK TAK BELIAU??


PUNYELAH LIAT NAK SURUH BANGUN NI



OREN YANG GEMOK



BELIAU SUKE DUDOK ATAS SIDE TABLE AKU



MUKE SUNGGUH SUCI LA PULAK SI GEMOK NI



KORANG TENGOK BETAPA GEMOK NYE GEMOK



ALAHAI..SUKE GEDIK TAU. GEMOK NI MMG RAJIN POSE BILE AMEK GAMBA.CAM TETAU JE KEMRE TU POKUS KAT BELIAU


[[ DORA KECINTAAN AKU JUGAK ]



NI LA DIVA DALAM RERAMAI KENKUCEN AKU.. MEMANG DIVA ABES AH.
CAM QUEEN GITU




Aku ade sorang lagi kenkucen yang takde gambo dalam ni. Sebab beliau memang susah nak di ambek gambo. Suke sangat men cak cak dengan aku. Puteh name beliau. Dalam 4 orang kenkucen aku ni oren sorang je kale laen. Yang lagi 3 orang sume kale putih bersih. Sebab tu la oren ni terlebih maje kot dengan aku. Walaupon beliau lelaki, beliau sangat behave. Takde macam gemok yang suke sangat spray kat pokok bunge aku. Ade lah aku bawak si oren pegi Vet. Setelah di periksa, vet tu kate hormon si oren ni laen sket. Bile aku tanye laen cemane..korang au ape vet tu cakap??


GARFIELD NI PONDAN LA PUAN... Muakahkahkah!! Al kisahnye...mase aku beli beliau dulu pon aku tak tau beliau pondan.. Nasibla kans?? Apepon aku tetap bahagia bersama kenkucen aku :D

[ tetibe rendu mereka ] yey nak balik jumpe mereka :P

Mya Hanny

]]....Bosan....[[

Salam teman teman,
Ekceli erm erm......Aku kebosanan..and kering idea nak apdet blog...camane ni?? camane ni??


Tolong...........!!

Tuesday, September 1, 2009

]]..Mana Kak Nur Daniella..[[

Salam teman teman,

Selamat menyambut merdeka..heheh..lambat la aku ni kan?? anyway...ni nak tanye korang...
Agak- agak korang ni jiran ke dengan beliau ker kan?? Ada korang nampak kak Nur Daniella aku tak?? mane la die pegi kan?? raser cam dah alem jer beliau ilang? Sape kidnap ni?? uwa... sumer nak kid nap akak akak aku ni nape??

Kak Nita aku pon bakal ilang gak..mane ni...uwa...tak mo ah cenggini...aku yang ilang takpe :D ngeee...

So buat sesape yang nampak Kak Daniella tu kan...sile lah suh beliau apdet blog yeh :P

Buat kak Yan?? Sorry mya baru masuk blog akak...sabar yeh kak?? ada hikmah tu akak dok naik turun kot tu :P