cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos

Friday, December 26, 2008

Simpang Pulai - Tapah

~ ConDominIums Di Lereng Bukit ~

~Wajah Orang Orang Asli Keluar Mencari Rezeki~

~ThE MisT~


~ SenYum SeIndAh SuRia~

~HabiTat SaNg RaJa RiMbA~


Setelah dekat sejam kami berlabuh di pekan Lumut itu, kami meneruskan perjalanan kami lebih kurang jam 6 pagi. Hasben pandu kereta kami menuju ke Utara sekeluarnya kami dari kawasan Lumut itu. Oh! Oh! Kemana ya? Menuju ke Simpang Pulai, Ipoh..Oh aku tidak sempat mengambil gambar kerana tidak adak pula spare battery. Lecehlah!

Aku cuit lengan hasben, bertanya "Hasben, kita nak kemana?". "Kita pergi Cameron Highland ya beby?", tanya hasben kepada aku. Oh! Aku suka ke sana. Sejuk dan nyaman udaranya. Kami meneruskan perjalanan kami menempuh hening Subuh menuju ke Tapah. Hasben tiba tiba mahu berhenti untuk solat Subuh. Oh! hampir aku terlupa. Itulah menjadi manusia, mudah lupa pada diri. Lalu aku seluk bacpack yang berada di sit belakang dan aku capai selendang bewarna kuning keemasan. Aku pakaikan dikepala dan sesampainya kami di perkarangan masjid waktu itu orang sudah pun separuh perjalanan ibadat mereka. Sebaik hasben parkir mobil, aku terus bergegas membuka but mobil dan mencapai beg yang berisi telekung aku. Aku tarik keluar kain pelikat milik hasben dan ku berikan pada hasben sambil berlalu mencari di mana tempat solat wanita. Aku tidak sempat mengejar untuk berimam sebab ketika itu masjid hampir lengang. Hanya tinggal beberapa orang yang duduk di sudut sudut masjid membaca Al-Quran..

Usai Subuh, tenang jiwa untuk meneruskan perjalanan. Tatkala itu waktu hampir ke 7.30 pagi. Dan perut minta di isi. Aku katakan pada hasben yang aku lapar. Oh!oh! Hasben kata nanti dulu masih belum jumpa R&R untuk kami berhenti bersarapan. Tapi, hasben tahu aku takkan boleh bertahan lama bila perut aku kosong lalu hasben berhenti di Petronas lagi. Hasben belikan aku 2 bungkus roti berserta Ducth Lady (Low Fat milk) untuk aku alas perutku. Sempat aku berpesan kepada hasben untuk membelikan battery untuk Nikon 7.1 aku yang telah exhausted. Oh! Hasben sayangkan aku. Hehe! Selepas itu kami teruskan perjalanan. Sambil itu aku sumbatkan roti ke mulut hasben juga. Karang kata aku tak berhati perut pulak makan sendiri sendiri. Haha! Oh, nyaman jika berjalan diwaktu pagi ni. Segar udara ketika embun liar mula membasahi bumi sebelum matahari terbit. Habis roti ditangan aku keluarkan Nikon aku yang telah exhausted batterynya.

Aku seluk plastik Petronas untuk aku carikan battery baru. Lalu aku masukkan kedalam buntot Nikon 7.1 aku. Wah!!! ia berfungsi lagi. Aku suka! Bermula lagi aktiviti aku mengambil gambar lagi. Gembira tak terkata. Tatkala kami sampai di Tapah, aku ingatkan hasben untuk mengisi petrol kereta kami. Oh ya! Kata hasben "nasib beby ingatkan orang," katanya. Aku memang selalu kena ingatkan hasben kerana hasben jarang alert dengan perkara yang sebegini. Kami tujui pula Shell. Isi penuh ketika itu yang petrol berbaki setengah tank up lagi Rm60 lalu penuh tangki. Oh! Cukup hingga hari kami mahu pulang nanti jangkaku.

Ketika dalam perjalanan menaiki puncak Cameron Highlands, aku terpesona dengan hutan hutan dan gunung-ganang yang menghijau. Sungguh indah ciptaan Illahi untuk makhluknya. Sekali lagi berdecip decip Nikon 7.1 aku. Kami limpasi rumah rumah orang asli. Oh! Oh! sangat ramai orang asli yang telah keluar di waktu itu untuk mencari rezeki. Tidak kira lah muda atau tua. Berbekalkan parang dan kain melilit kepala mereka berjalan beramai ramai meredah lautan belantara. Oh! Tidak pula mereka gentar dengan ngauman "Sang Raja Rimba" atau sisiran "Si Panjang Berjela". Mungkin bagi mereka, belantara itu tempat mereka, tidak lah perlu gentar. Jika gentar perut tidak berisi la agaknya. Aku tak makan sejam dua sudah terasa laparnya. Inikan pula mereka orang asli yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Badan pula kerempeng kurusnya. Uh! Kesian mereka.

Setibanya kami di Lata Iskandar, aku minta hasben berhenti seketika. Aku bilang padanya aku mahu melayan Nikon 7.1 aku di Lata Iskandar itu. Ya! Hasben setuju. Dapatlah kami berehat seketika sambil menjamu mata kami dengan air terjun lata itu dan sempat aku dan hasben berposing di depan ari terjun yang tingginya? Oh! Aku kurang pasti berapa kaki. Aku cecahkan kakiku di bibir air terjun itu. Oh!Oh! Sangat sejuk dan nyaman airnya. Aku cuci mukaku. Terasa sangat segar.. Hasben duduk mencangkung di tebing. Ketakutan akan kedinginan katanya. Aku renjiskan air dimuka hasben yang layu mungkin mengantuk agaknya. Menjerit hasben padaku. Tatkala itu hasben tidak lagi takut pada air yang sejuk itu. Hasben rendamkan kakinya di dalam air sungai yang mengalir dingin itu. Wah! Sangat hebat! Tadi tak mahu mula, bila aku ajak hasben bersama. Aku ambil photo hasben berposing seperti mahu terbang ke angkasa. Aku tahu hasben letih memandu semalaman. Hasben tanya pada aku, "Beby nak mandi?". "Harr?! Taknaklah!! Gile ke? Sejuk ni", jawabku pada hasben. Berdekah dekah hasben ketawakan aku. Eee.. Jahat!! Setelah selesai sesi penggambaran, kami mahu teruskan perjalanan.

Oh! Aku rasa macam mahu terkucil pula. Almaklumlah sejuk tika di air terjun tadi masih terasa di jemari kaki aku. Aku tarik tangan hasben menuruni toire awam yang terletak di lereng bukit. Aku suruh pula hasben QC. Bersihkah toire itu? Haha! Hasben ketawakan aku lagi sekali. Bersihlah katanya. Hasben memang tau sikap aku yang cerewet tentang toire. Kalu kotor sanggup aku tahan biar terkena batu karang atau sembelit. Okay! Senang tugas aku kalau begitu bersih toire itu mengikut QC hasben. Dah lega, kami menuju ke kereta dan kami meneruskan perjalanan kami untuk ke destinasi berikutnya, Tanah Rata.

To Be Continued...


8 comments:

cikpuanmiera ^__^ said...

panjangnyer citer sayam ni.. bile ar episod ni nk berakhir?? cehh

eddie dewanaga said...

cantik view sepanjang journey ni, keep up the good work mya hanny..!!

selamat tahun baru beb, semoga 2009 ini lebih ceria utk lu dan hubby..!

zamrie said...

haahahaha panjang cerita niii... perjalanan yang panjang dengan gambar yang menarik.

selamat tahun baru 1430 h dan selamat tahun baru 2009 gak
moga sukses sepanjang tahun , insyallah

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

mira: haah panjang kan..wajib panjang biler ade mud..sebulan sekali brangkali.harharhar. mekaseh melawat. ai tau yu jeles sayam..sbb tu tanye bile nak abes episod neh.. :P wek

Eddie: Thanks for dropping by ya!! Adat rumahtangga mesti ade pahit
manis yang penting ceria!!

Abg Zamrie : Mekaseh sbb setia mengikuti Mya even Blog Mya teggelam timbul. Mekaseh bagi sokongan walupun Mya baru.. Teruskan bagi sokongan tau :D

Anonymous said...

[url=http://nike-air-max-2012.nikego8.com]nike air max 2012[/url]
[url=http://adidas-running-shoes-for-women.nikego8.com]adidas running shoes for women[/url]
[url=http://air-jordan-4-military-blue-ebay.nikego8.com]air jordan 4 military blue ebay[/url]
[url=http://nike-air-max-alpha-2011-blue-glow.nikego8.com]nike air max alpha 2011 blue glow[/url]
[url=http://brooks-running-shoes-cheap.nikego8.com]brooks running shoes cheap[/url]
[url=http://top-rated-trail-running-shoes-for-men.nikego8.com]top rated trail running shoes for men[/url]
[url=http://nike-air-max-ambassador-iv-cannon.nikego8.com]nike air max ambassador iv cannon[/url]
[url=http://tennis-shoes-for-kids-on-sale.nikego8.com]tennis shoes for kids on sale[/url]
[url=http://nike-jordan-trunner-11.nikego8.com]nike jordan trunner 11[/url]
[url=http://nike-air-max-1-black-smoke-for-sale.nikego8.com]nike air max 1 black smoke for sale[/url]

Anonymous said...

[url=http://all-black-nike-running-shoes-women.nikenowsaler.com]all black nike running shoes women[/url]
[url=http://nike-air-max-2011-id-running-shoes-a.nikenowsaler.com]nike air max 2011 id running shoes[/url]
[url=http://nike-air-max-90-women-cheap-a.nikenowsaler.com]nike air max 90 women cheap[/url]
[url=http://nike-air-max-fly-by-basketball-shoes-mens-a.nikenowsaler.com]nike air max fly by basketball shoes mens[/url]
[url=http://pink-nike-running-shoes-a.nikenowsaler.com]pink nike running shoes[/url]
[url=http://top-neutral-running-shoes-for-men-a.nikenowsaler.com]top neutral running shoes for men[/url]
[url=http://air-jordan-5-v-retro-dmp-raging-bull-toro-bravo.nikenowsaler.com]air jordan 5 v retro dmp raging bull toro bravo[/url]
[url=http://nike-air-total-max-uptempo-basketball-shoes-a.nikenowsaler.com]nike air total max uptempo basketball shoes[/url]
[url=http://jordan-basketball-trainers.nikenowsaler.com]jordan basketball trainers[/url]
[url=http://nike-running-shoes-shin-splints-a.nikenowsaler.com]nike running shoes shin splints[/url]

Anonymous said...

Some of these newer super-bright led light
products will light up on voltages ranging from 10 volts DC to 30 volts
DC, while others will run on as little as 8 volts.
The bulbs can be bought from any electrical store and even on the Internet.
However, my husband had a little trouble tightening the screw on the solar
panel, so it tended to slip to less than an optimal angle.

Anonymous said...


Странно жизнь складывается, еще раз в этом убеждаюсь! Встречались, любили, ссорились, страдали, изменяли, мирились...и все... Он за 1000 километров от меня, а я здесь, одна, без него!!!

-Поедем со мной?

-Нет

-Почему?

-Ты же знаешь, что я не променяю Москву на твою страну, там нет работы, хотя и фиг с ней, с работой, я учусь, и это главное!!!

-Да, зай, учись, ты права! Просто приезжай ко мне в гости, прошу тебя!!!

-Останься (слезы предательски катятся по щекам)

-Нет, я не люблю Москву, у меня там брат, знаешь же!

- Да (уже реву)

-Не плачь, у меня сердце кровью обливается!





Уехал.. на вокзале убежала с перрона, а его друзья оттаскивали меня от него, проводница ругалась, а я не могла поверить, что тот человек, которого я люблю больше, жизни уезжает.

Теперь только смс, редкие звонки и ожидание встречи, а еще целый месяц



Я хотела спросить, смогли бы Вы уехать вслед за любимым, любимой???
[url=http://mp3lists.ru/][color=#E4F4FE] [/color][/url]