Hening Subuh dimana lokasi tidak aku ingat lah.
Oh! Oh! Sungguh biru. Berdiri dibawah cahaya bulan.
Neon dari kapal kapal yang berlabuh.
Oh! Oh! Ini gambar syok sendiri!!
Oh! Oh! Sungguh biru. Berdiri dibawah cahaya bulan.
Nak peluk pokok besar sangat jadi aku pegang pun cukuplah.
Neon dari kapal kapal yang berlabuh.
Oh! Oh! Ini gambar syok sendiri!!
Snapped masa battery Nikon 7.1 weak, inilah hasilnya.
Setelah selesai hasben bersiram, solat aku hulurkan pada hasben baju nya bersama bermuda. Oh! Sudah pasti baju kesukaan hasben bewarna oren.. Setelah siap segalanya sambil hasben menanti waktu utk aku usai bersolek, dia tujui bilik itu lagi.Oh! maen game lagi mamat neh, bisik hatiku. 30minit cukup untuk aku bersiap, tatkala itu jam sudah menunjukkan 11.40 malam. Wah! Sangat menarik memulakan perjalanan diwaktu ini. Adventure!! Aku kan Paranormal merangkap para para sakura.Haha!! Ku capai kunci kereta dan berlalu ke bilik entertainment tempat hasben berperang. Tupp!! Aku tekan switch utama yang memberi kuasa elektrik ke semua rangkaian hiburan milik hasben. Tika itu, dia sedang asyik berperang dengan EPL Liverpool vs Chelsea. Hahaha!! Padan muka hasben.
Aku hulurkan kunci kereta kepadanya walaupun dapat aku lihat riak ketidakpuasan di muka hasben. Ah! tidak aku takut. "Pegi tolong orang letak beg dalam kete la..", rungutku. Dengan muka kurang gula hasben berlalu sambil menjeling kepada aku. Aku? Oh! Rileks. Ish! Pemalas hasben ini. Tak mau membantu langsung. Dari hujung rambut ke hujung kaki semua aku yang siapkan. Itulah betapa besar perngorbanan sang isteri tapi kadang kadang kaum hasben ni tak reti nak menghargai. Jangan kata kudis di badan sepender pon sang isteri kutipkan. Tapi hasben aku takdelah kudis. Kalau dah aku pembersih takkan hasben badan berkudis. Kalau ada kudis aku ambik toilet detergen aku tenyehkan ke kudis itu. Haha!!
Selang beberapa minit hasben muncul lagi. Oh! Selesai sudah hasben loading barang dalam kereta. Hasben capai tangan aku, "Jom gerak beby, dah kul berape ni?", bising hasben ditelingaku. Aku tarik LV lusuhku, aku sarungkan ODM Orangeku, aku semburkan Rush ke pergelangan tanganku, aku perlihatkan diri di cermin untuk kali terakhir dan akhirnya kami meninggalkan rumah dengan gembira berbunga di dalam hati. Yeyy!! G Holiday!!
Masuk je dalam perut kereta aku tarik keluar Nikon 7.1 dari LV lusuhku. Get ready to snap photos while on our way of the journey. Oh! Perjalanan sangat menarik di kala itu sebab sejuk dan gelap. Tak kena matahari jadi tak delah aku gelap. Sudahlah sememangnya aku ni berkulit tanned. Berdecip-decip Nikon 7.1 aku berbunyi dek kerja aku yang mengambil bermacam macam gambar. Tujuan kami? Tak tahu kemana. Aku tanyakan hasben tiada jawapan. Katanya ikotkan saja kemana stereng mempergikan diri.
Kami menyusuri jalan Meru, Kapar dan seterusnya ke Kuala Selangor. Tidak aku pasti hasben mahu kemana tapi yang pastinya ke belah Utara. Adelah beberapa gambar hutan yang aku sempat snapped ketika dalam perjalanan. Oh! Sesampai di satu simpang hasben belok ke kiri. Oh! Oh! mahu kemana hasben ini. Lebih kurang 10km terlihat papan tanda Lumut. Ngaa.. Menuju ke Lumut kah kami? Tak kisahlah kemana pun aku okay saje.
Mata aku dah penat setelah menjamu panorama hutan yang hitam tapi aku terasa nyaman. Hasben cuit lengan aku, "Beby, orang ngantukla. Kita berhenti sekejap ya?", tanya hasben kepada aku. Aku angguk tanda setuju. Hasben berhenti di satu stesen Petronas untuk merehatkan lelah kami. Kami turunkan sits sedikit dan berlabuhlah dua pasang mata untuk seketika. Aku tersedar tatkala terdengar hasben berkeroh. Oh! Oh! Sungguh dasyat bunyinya. Barangkali hasben kepenatan. Aku cuba untuk melelapkan kembali mata aku tapi gagal. Aku kejutkan hasben dan aku suruh hasben bertukar tempat denganku. Tiba saat kami meneruskan perjalanan. Tatkala itu jam menunjukkan 4.00 pagi. Aku pandu kereta kecil aku menyusuri jalan gelap itu. Suram! Tapi ada banyak lori. Sedikit sebanyak aku terhibur melihat lori lori yang tersengguk sengguk pemanduannya. Mungkin tidak tukar minyak hitam.
Setelah sejam perjalanan akhirnya kami sampai di simpang empat menuju ke Lumut, Teluk Batik, Setiawan dan Ipoh. Aku tuju ke kanan jalan di mana terletaknya sebuag tugu siput menuju ke Lumut. La.. ke Lumut ke destinasi kami? Okaylah sekadar menjamu mata melihat keindahan Lumut kan? Apa salahnya.. Sesampainya di pekan Lumut, tiada kedai yang aku lihat buka. Oh! Terlupa yang waktu itu sudah hampir subuh. Aku behentikan kereta di Waterfront Lumut. Hasben terjaga dari dengkuran lalu bertanya dimana lokasi kami. Oh! Aku beritahu hasben yang kita berada di Lumut. Kami turun dari kereta dan berjalan di tepian waterfront. Oh! Oh! Sangat nyaman bau lautan. Aku suka... Menikmati panorama indah dari neon diseberang lautan. Oh! Mungkin dari kapal kapal yang berlabuh atau mungkin dari Pekan diseberang sana.
To Be Continued...
4 comments:
fuh.. road trip...
best..!!!
snap gambar best2 ye...
have fun!!!
encik eddie, itu sudah semestinye sampai habes memory kemre ai kerjekan :) teruskan menyokong ya :D
lama dah tak ke lumut.. dulu selalu ke sana bila menyelia pelajar di manjung n sitiawan.. atau ada bengkel di pangkor.. ;)
selamat tahun baru hijrah 1430 M
Post a Comment