Assalamualaikum and Salam Sejahtera Teman- Teman,
Berat mata memandang, berat lagi hati nak menerima..Eh? Kenapa permulaan entry sahaja aku dah berbunyi seperti si ibu yang baru kematian anak? Ya.. betul lah tu.. Aku baru kehilangan salah satu anak kesayangan aku.. Rasanya macam baru semalam aku nampak dia berlari- lari anak kepada aku mintak mangkuk di isi.. Rasanya macam baru semalam si ibunya Momok bawak mereka turun dari kolong atas rumah aku..Rasanya macam baru semalam aku nampak dia belajar menangkap belalang di taman..Rasanya macam baru semalam aku nampak dia memanjat pokok mangga didepan rumah aku..Rasanya macam baru semalam dia berak dan kencingkan kasut- kasut aku..Rasanya macam baru semalam tangan aku dikunyah- kunyah seperti chewing gum..Semua aku rasakan bagai baru semalam berlaku...
Hakikatnya? Nikita hilang semenjak Sabtu pagi, 27/10/2012..Aku sempat bermain dan bergomolan bersama dia jam 12.45 pagi hari yang sama... Sempat aku cium hidungnya.. Sempat aku gigit telinganya..Sabtu pagi bila aku bukak pintu seperti kebiasaannya pasti mereka menunggu di depan pintu macam orang nak menyanyi koir sekolah.. (Teringat si Potek-Potek kucing Kakak Gt Hans yang pernah ber koir di dalam kereta aku) tapi, pagi itu..hanya Naoki dan Momok serta Bobo sahaja..mana Nikita? Aku tanyakan pada Momok, "Nikita mana Mok?" berulang kali aku tanyakan pada dia.. tapi Momok buat tak tahu sahaja.. Hati aku berkata "uh..adalah tu atas bumbung" yang selalu menjadi tempat permainan mereka.. panjat tiang pergola naik atas bumbung akses ke jendela bilik aku dan turun ikut tangga dalam rumah.. bijak kan?
Sambil aku isikan mangkuk mereka dan gaulkan dengan sepeket wetfood, mulut tetap terjerit- jerit panggil "Nikita!! Nikita!! turun makan!!" Yang lain aku panggil yang lain pulak muncul.. Bobot! Kucing gelandangan yang selalu singgah makan berkongsi rezeki dengan yang lain- lain.. (Si Hensem ni Ajib punya favorite) Aku tanyakan pada Bobot.."Ada nampak Nikita tak Bobot?" Bobot pandang aku dan seolah- olah berkata.. "Tak nampak lah Ami".. Sambil- sambil anak- anak makan, aku menyapulah porch tu sambil mata melilau- lilau cari bayang Nikita. Lepas tu aku duduk di bendul jendela sambil bermain dengan Naoki. Hampir sejam aku di luar. Dengan harapan Nikita turun makan. Hampa.. Mungkin Nikita tertidur.. Petang nanti pasti dia ada.
Sudah 3 hari berlalu, bayang Nikita masih tak ada. Aku hampa. Aku katakan pada Ajib, Nikita mungkin ada orang yang ambik. Dia kan cantik bermata biru, berbadan katik gebu. Ajib kata, nanti kita balik kerja, kita jalan cari Nikita. Itulah yang aku dan Ajib lakukan setelah sampai di kawasan perjiranan. Tidak sempat untuk Ajib masukkan kereta ke dalam porch. Lama kami berpusing di situ, tapi tak ada bayang Nikita.
Masuk sahaja kereta ke dalam porch, Momok dan Naoki mendekati aku. Momok seperti kebiasaan, penunggu setia pintu rumah. Selalunya terbukak sahaja pintu, terus melulu masuk ke dalam. Tapi hari itu, Momok bising. Menjerit- jerit macam lapar sangat. Aku isikan mangkuk mereka, tapi Momok masih bising dan berlari panjat ke atas bumbung. "Ada apa ni Mok?Ami nak masuk dalam la" Momok berpusing- pusing di atas bumbung. Aku hairan. Teringat Nikita! Aku mintak tolong pada Ajib keluarkan tangga dan tolong tengok apa yang Momok nak tunjuk pada kami.
Hati aku luluh, rasa macam dunia berhenti berputar. Nikita.... hanya jasadnya sahaja.. Aku tidak mahu fikirkan kenapa dan sebabnya Nikita tinggalkan aku dalam keadaan begitu. Bagi aku ada hikmahnya disebalik setiap apa yang berlaku. Jasad Nikita aku semadikan. Nikita, namamu akan Ami sematkan dalam hati Ami sampai bila- bila. Semoga kamu tenang bersama bidadari syurga Allah.
Terima Kasih Ya Allah, persoalan dan tanda tanya aku kini telah terjawab. Terima Kasih Ya Allah, kerana pinjamkan aku anak kecil itu walaupun hanya untuk seketika.. Terima Kasih Ya Allah..
Dear Nikita,
Ami will always love you and will never forget you until the end of day. May you Rest In Peace Apple Pie..
A TRIBUTE TO MY BELOVED NIKITA NENNA
Till we meet again Nikita.. You will be dearly missed by all of us over here..
Lots of Love,
Ami