cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos

Friday, January 20, 2012

[[..A Tribute To Smart SHARK..]]


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Teman- Teman,

Di pagi hari Jumaat yang mulia ni..ditemani oleh hujan dan cuaca yang tenang.. Seorang teman kita telah kehilangan adik kesayangan beliau.. Mesti ada di antara kita yang kenal dengan Cikgu GT Hans..atau lebih dikenali sebagai Kakak yang baik kepada adik- adik beliau.

[ S.H.A.R.K ]
Salah seorang adik Kakak yang paling disayangi beliau. Kehilangan Shark adalah satu kehilangan yang besar bagi Kakak. Aku juga terasa akan kehilangan Shark. Amat- amat terasa. Masih teringat keletah Shark bila aku pergi melawat dia. Manja, agresif dan sangat friendly. Shark budak baik. Dia tak pernah buat jahat. Dia tak pernah sakitkan hati sesiapa. Dia selalu menghiburkan banyak orang yang datang melawat. Dia sering membuat orang ketawa dengan keletahnya. Tapi sayang, Allah lebih sayangkan Shark. Allah mahu Shark ditempatkan ditempat yang sepatutnya Shark berada.

Teringat aku tentang cerita Kakak Shark, Shark mahu cari ibunya. Mungkin doa Shark Allah makbulkan. Walaupun itu hanyalah cerita semata- mata tapi bagi aku, cerita- cerita Kakak itu seolah- olah benar. Terpandang- pandang kerenah Shark bergurau bersama teman- teman lain. Berlari ke sana kemari. Yang terakhir aku teringat tentang cerita Shark yang aku postkan di blog aku ni beberapa hari lepas.

Kali teakhir aku melawat adik- adik Kakak ialah pada hari Jumaat lepas. Sempat aku bergurau dan bermanja dengan Shark. Sempat aku pegang dan belai Shark.. (Ya Allah..kuatkan hati hambamu ini)

Kepada Kakak,
Aku doakan Kakak tabah dan sabar dengan apa yang terjadi. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. (Nanti aku carikan adik baru macam Shark ya?) Jangan sedih- sedih tau. (Walhal aku sendiri tengah menangis). Kita doakan Shark dapat jumpa dengan mama dia ya?

Dear Shark,
You will be dearly missed sayang.. Tenang aja kamu disana ya? Aunty Mya loves you!

Tear drop~
Mya Meow Amy

Thursday, January 19, 2012

«º!¦[] HAT Party []¦!º»

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Teman- Teman,

I m going to have Company Annual Dinner tonight..and guess what will be the theme? Its a HAT Party!! If you guys would like to find out what Hat am i going to wear, you guys just need to wait for the next update! And for now, enjoy the banner!!




Cheerios!!
Mya

Wednesday, January 18, 2012

[[>>Wordless Wednesday<<]]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Sangatlah speechless!! 2 Hours okay...2 Hours!! Wuwuwu..

Mya

Tuesday, January 17, 2012

¤(`×[¤Mengidam¤]×´)¤

Salam Teman- Teman...

Malam Jumaat minggu lepas, balik dari kerja sementara tunggu Encik Ajeeb balik dari badminton..Aku pegi la ke rumah Cikgu Gt Hans. Alahai...cikgu yang ada adik nama [ W.A.W.A ] yang masuk Universiti tu. Kalau korang tak tau yang mana, boleh tengok kat sini..

http://shomeyshayang.blogspot.com/2011/10/wawa-2.html


Sambil- sambil sembang tu adelah budak [ S.H.A.R.K ] ni ha..Ya Allah, terkejut tengok beliau sebab dah membesar bagai johan tau budak [ S.H.A.R.K ] ni. Sikit time lagi boleh la masuk Universiti sama macam
[ W.A.W.A ]
jugak..heheh.. Semakin cantik..semakin hensem dan semakin manja...and i totally like him!!
( sebelum ni pon memang dah suka bangat dengan [ S.H.A.R.K ], [ A.Z.I.M ] and [ M.A.Y.A ] )
Actually suka semua la dalam rumah tu!

[ C.O.M.E.L!! ]


Speaking of [ M.A.Y.A ] (the Russian Blue).. Kakak kata dah lama [ M.A.Y.A ] tak balik..
[ M.A.Y.A ] , walau dimana pun kamu berada, Aunty doakan [ M.A.Y.A ] selamat...




P/S: Kakak, mintak maaf la sebab lambat sampainye..Sampai dah tertido- tertido dah korang menanti..


Till the next updates,
Cheerios!
Mya

«º!¦[] Playboy []¦!º»

Salam Teman- Teman,

Nak update sikit pasal aktiviti melawat Billy binti Bebek pada 2 minggu lepas tu. Alahai, yang ada ikan keli salai kat rumah Ruby tu..ni la Bebek yang macho dan hensem.. dan disebabkan itulah Bebek jugak di gelar
[ P.L.A.Y.B.O.Y ]
kampung..hehehe.. Enjoy!!


P/S: Cik Marie kite ni memang animal lover tegar..habis semua digomolnye..hik hik...

Till the next updates..
Cheerios!
Mya Meow Amy~ Purrr...