cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos cats Pictures, Images and Photos

Monday, January 5, 2009

Tanah Rata - Cameron Higlands - Brinchang

··¤(`×[¤ LaTa IsKanDar ¤]×´)¤··

··¤(`×[¤ HasBen And I ¤]×´)¤··
··¤(`×[¤ LiLy PaRk ¤]×´)¤··

Perjalanan menuju ke Tanah Rata agak baik cuma menempuh satu saja halangan dimana berlakunya landslide. Mujur kami tidak terkandas, dalam hati, aku bersyukur ke hadrat Allah. Masih dikurniakan kemudahan untuk kami meneruskan perjalanan. Hati aku berbisik, kalaulah kami terkambus di bawah runtuhan itu, pasti kami manemui ajal. Nauzubillah. Hasben berhati hati memandu wlau aku tahu dia dalam kepenatan, cukup cekap matanya memandang jalan dihadapannya yang bagaikan ular di palu dengan kapak. Walau aku tanyakan pada hasben sama ada mahu aku gantikan tempatnya? Oh! Katanya tak perlu. Hasben pernah katakan pada aku selagi dia mampu pandu sendiri tidak sekali kali akan menyuruh aku pandu walau sepenat manapun dia. Dia lebih rela berhenti tidur di tepi jalan. Oh! Aku sangat terharu tau. (Cik Mira sile jeles lagi ya!) atau mungkin dia takut jika aku yang pandu sebab aku pandu kereta sama macam F1 driver. Haha!! Dengan sedaya upaya hasben sengkangkan matanya untuk sampaikan diri kami ke Tanah Rata.

Setibanya kami di Tanah Rata, jam menunjukkan angka hampir 10 pagi. Kami tuju satu persatu hotel untuk kami bermalam. Sudah aku katakan kami mengembara ikut suka. "Gamble" baru seronok. Kami tuju semua hotel di Tanah Rata tapi nasib tidak menyebelahi kami. Kami ke Brinchang pula. Aduh! Masih lagi tidak ketemui hotel untuk kami bermalam. Biasalah kami tidak sedar yang bulan itu adalah bulan sekolah bercuti. Jadi ramailah pengunjung tanah dingin itu. Sekali lagi kami mencuba nasib di Brinchang, Alhamdulillah ada jugak akhirnya tempat untuk kami bermalam. Country Lodge Resort. Oklah kan..Semalam kena RM230. Okaylah tu dari takde langsung tempat untuk kami bermalam.

Selesai kami angkut barang kami masuk ke bilik, kami berlabuh dia atas katil. Oh!Oh! Sangat lega bila dapat berlabuh di atas katil. Sudahlah malam tadi kami tidak dapat tidur kerana perjalanan dari K. Lumpur ke Lumut ke Cameron Highlands. Sangat lelah. Hasben tidak sempat untuk berbuat apa apa tatkala aku sedang mengemaskan backpak kami, aku terdengar dengkuran halus sang hasben. Ah! Kesian hasben. Tentu kehabisan tenaga. Sambil tangan aku mengemas sambil aku berfikir, apa aktiviti yang bakal kami lakukan ya bila petang menjelang tiba. Perut aku masih belum berisi ni. Lapar pula. Untuk mengisi perut aku perlu kejutkan hasben tapi, tidak pula sampai hati aku mengganggu tidurnya yang nyenyak.

Sementara menanti hasben bangun dari peraduan, aku rasa lebih bagus kalau aku bersiram dulu. Dari semalam aku tak mandi. Oh! Oh! Nasib baik aku wangi. Aku capai towel dan juga pouch tempat aku sumbat toilettriesku menuju terus ke dalam toire. Wah!! Ada long bath lah. Seronok ni. Kalau macam ni, 2 3 jam di dalam toire pun takpe. Aku picitkan shower gel ku ke dalam tub dan aku bukakan pili air panas. Aku berlalu seketika keluar untuk aku biarkan air separa penuh. Aku hidupkan tv. Oh! Tiada cerita menarik untuk aku tonton. Sangat bosan. Aku tutup tv dan berlalu ke toire lagi. Oh! Buih sudah mahu melimpah. Aku tutup pili air dan aku rasa dulu suhu air dengan sikuku. Okay bagiku. Apalagi, berlabuhlah badan aku dalam tub itu. Fuhh! Mantap! Aku capai loofah aku gosokkan badan aku. Usai itu, aku sandarkan kepala ku di head rest dan aku letakkan mukaku dengan towel suam. Oh!Oh!Oh! Sangat nyaman. Tidak aku sedar tika bila aku terlelap di dalam tub itu. Memang aku menikmati long bath aku. Aku tersedar bila terasa ada orang megetuk pintu toire. "Beby, bukak pintu ni, ape lame sangat kat dalam tu?", terkejut aku dengan ketukan hasben. Aku katakan padanya sebentar untuk aku bangun dan membuka pintu.

Tersembul muka hasben di depan pintu, muka yang terpisat pisat mungkin kemamaian dek tidur tadi. Aku berlalu capai robe and balut badan ku. Sudahlah kot. Dah lama aku dalam tu. Brapa lama lagi aku nak duduk dalam tub tu. Hahaha!! Sesudah aku mengenakan baju aku, aku selongkar bakpack untuk ku cari Linen bottom aku. Ish! Mana pulak perginya. Oh! Oh! aku terlupa yang aku keluarkan tadi dan aku sangkut ke dalam almari. Aku tuju sliding wardrobe, lalu aku capai Linen bottom milik aku. Aku sarungkan ke kaki aku stoking. Sejuk lah!!

Di luar gerimis. Dingin bertambah. Hasben masuk menggantikan tempat aku di dalam tub mungkin. Lama sungguh tapi tidak juga keluar keluar. Oh! Oh! Menikmati kesuaman air mungkin. Aku ingin keluar berjalan jalan. Tidaklah asyik terperuk saja di dalam bilik kan. Aku keluarkan jeans dan t-shirt hitam Extreme aku yang telah lusuh. Aku kenakan di badan aku.

Sementara menanti hasben sudah, aku calitkan sedikit mekap ke muka aku. Cukup sekadar lip balm, foundation dan eye brow liner. Aku capai Envy 2 dan ku semburkan ke pergelangan, aku palitkan ke belakang telinga aku. Sementara menanti aku tonton Tv yang ntah apa cerita. Sekejap, hasben keluar. Wah! Lamanya mandi. Haha. Segar bugar muka hasben selepas mandi. Wah!! Aku suka. Aku tanya pasa hasben baju apa yang hasben mahu pakai. Hasben kata baju apa apa pun boleh. Hasben tanya padaku tak tunggu zuhur ker. Oh ya! Lupa pula aku mahu khabarkan pada hasben yang aku uzur. Hasben nanti Zuhur dengan kain pelikatnya. Haha! Sekali pandang sudah macam rupa lebai kedekut.

Setelah selesai hasben solat Zuhur jamak ke Asar, barulah hasben bersiap. Urgh! Hasben bersiap kalah perempuan. Lama. Kami keluar ketika jam menunjukkan hampir ke pukul 2 petang. Kemana? Oh! Makanlah. Sudah lapar. Kami tuju Tanah Rata untuk makan, deretan kedai yang bergugus manusia. Ada satu kedai menyediakan sayur kailan ikan masin yang sgt lazat. Ke sana la kami tuju. Kemana lagi. Setiap kali kami ke sini, wajib untuk pekena sayur kailan ikan masin hasil air tangan tukang masak lelaki. Entah ubat mandrem apa yang digunakannya. Haha! Selesai makan kami teruskan trip kami berjalan jalan melawat kawasan indah di bumi Cameron Highlands itu. Habis semua tempat kami pusing. Aku teringat akan mahu membeli roses dan sayur untuk dibawa pulang. Tapi hasben kata esoklah tika mahu turun nanti layu katanya. Jadi, aku ikutkan saja. Setalah penat kami melawat, jam hampir maghrib, so aku katakan pada hasben yang aku malas mahu keluar malam ini. So, tapau saja boleh? Tanya aku pada hasben. Tapi malam ini pasar malam ya? Oh! Oh! Ada jagung bakar. Aku suka jagung bakar. Aku tukar fikiran aku, aku katakan pada hasben aku mahu ke pasar malam. Teruslah kami pulang ke hotel.
Sudah hasben mandi, aku siapkan diri. Dingin ya malam di Tanah Tinggi ini. Oh! Oh! Aku kenakan hooded Fubu yang ntah berapa tahun usianya. Dari zaman aku study di UITM dulu. Lama.
Hasben pakai seluar jeans dan sweater. Berselipar jepun kami berjalan ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari hotel tempat kami menginap. Mahu drive? Oh! Oh! Jalan jem lah! Leceh! Menapak sejauh 1km best juga malam malam. Tak panas. Sampai sahaja ke pasar malam, mata aku meliar cari jagung bakar. 4 tonggkol aku beli jagung bakar. Hasben beli rangka ayam yang penyet dilanggar lori. Suka sangat makan rangka ayam. Habis membeli belah, kami pulang ke bilik. Makan sambil tengok Tv. Best!

Esok sudah pulang ke KL. Selesai makan kami kemaskan meja dan kami berlabuh untuk menonton Tv. Mata semakin kelat. Lepas makan kan? Haha! Oh! Esok aku akan tinggalkan sini, pulang ke KL. Aku bosan kehidupan di kota metropolitan yang hingar. Bosan dengan hiruk pikuk mat mat rempit yang tak tahu bila akan mati mereka itu. Bosan! Bosan! Bosan! Tanpa aku sedari tika aku pikir tentang kebosanan, aku terlelap dalam dakapan hasben.


To Be Continued...

4 comments:

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

pak kara, thanks ya for dropping by...keep in touch

zamrie said...

kaki jalan gak ko nii yaa mya hahahaha... nanti senang aku baca hari nii tengok gambar jer hehehehe

eddie dewanaga said...

rangka ayam goreng tu best woo...
mya patut snap jugak 3-4 gambar keadaan pasar malam tu... more picture next time, ok!

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

uiks, thanks a lot.
Zamrie, la..tgok gambo je ker..bace ah cite tu..hehe

Eddie, oh! yeh? kene buh gamba pasa malam ye? oke2.. nati p lagi amek gambo pasar malam.hahaha..neway thanks 4 dropping by.. ragka ayam mmg lazat..yum yum